BAB 1

Romance Completed 5096

Dia bingkas bangun, sambil mengurut-ngurut dadanya dia memerhati keadaan ruang biliknya yang gelap-gelita.

“Mimpi rupanya aku,” bisiknya kelegaan. Dia mencapai jam loceng yang terletak disebelah tilam bujangnya. Meletakkan kembali jam ditempat asalnya dan dia kembali menarik selimut bila angka jam baru menunjukkan 3 pagi. Namun kali ini matanya terasa begitu segar, seolah-olah mimpinya sebentar tadi telah menghalau rasa mengantuknya. Dia terkebil-kebil sendirian,

Terbayang-bayang wajah bengis En. Kamarul Ariffin yang muncul di dalam mimpinya. Dia memejamkan matanya rapat-rapat cuba memadamkan wajah itu dari mindanya.

Namun dia gagal. Wajah bengis yang cuba merosakkan maruahnya di dalam mimpinya seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi. Dia benar-benar resah, terasa panas seluruh tubuhnya. Apakah alamatnya? Bisik hatinya gelisah.

Dia bukannya kenal rapat dengan En. Kamarul Ariffin. Anak bujang Dato’ Musa, pemilik syarikat kontraktor yang juga merupakan ‘Client’ terbesar syarikat perunding tempatnya bekerja. Baru 2-3 kali bersua muka dengan lelaki yang berwajah tampan namun kedekut dengan senyuman itu. Selebihnya hanya berhubung melalui telefon..

“Sombong, bongkak, takbur!” bisiknya menyampah bila mengingatkan kelakuan bodoh sombong pemuda itu.

“Mulut celupar!” marahnya bila mengingatkan yang dia sendiri selalu diherdik oleh pemuda itu.

“mentang-mentanglah dia tu kontraktor, suka-suka dia je nak menengking orang…”desisnya perlahan. Bimbang juga kalau-kalau Rina, teman sebiliknya yang sedang nyenyak tidur itu terjaga.

Dia menarik selimut. Menutup wajahnya seolah-oleh cuba menutup matanya yang terbuka luas. Namun dia masih terkebil-kebil dibawah selimut. Resah betul hatinya. Ngeri mengingatkan mimpinya sebentar tadi. Ngeri bila mengingatkan wajah buas En. Kamarul Ariffin yang cuba merentap pakaiannya. Betapa dia cuba melarikan diri, namun akhirnya dia tergelincir lalu jatuh ke dalam curang disebelah lebuhraya, entah di mana dia sendiri kurang pasti, terlalu asing baginya.

Serentak dengan itu, dia terjaga, namun mimpi itu masih menghantui dirinya. Resah betul dia mengingatkan yang dia masih perlu berhadapan dengan lelaki sombong selagi projek hotel 5 bintang itu belum siap sepenuhnya.

“entah-entah dia memang jahat tak?’ tekanya penuh curiga.

“ish… tak baik betul aku ni, itukan mimpi je..” ujarnya cuba menyedapkan hati sendiri. ‘lagipun aku nak ke mana dengan dia, tak kuasa lah aku nak mengikut dia ke mana-mana, lainlah kalau aku ini engineer macam Cik Liza tu, aku ni kan cuma kerani cabuk je..”bisiknya sambil cuba memejamkan matanya rapat-rapat, cuba memadamkan wajah yang mengganggu tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience