BAB 7

Romance Completed 5096

Rela dalam paksa. Itulah keadaannya sejak seminggu lalu. Dia terpaksa mengikut kata mama, terpaksa menerima Maria yang telah dianggap sebagai adik sendiri untuk dijadikan calon isteri.

“Kalau Hanna lah ditempat Maria sekarang, tentu perasaannya lain, tentu dia jadi lelaki yang paling bahagia sekarang. Tapi Hanna kepunyaan orang lain, bukan dirinya.

Semuanya diputuskan sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke rumah setelah seminggu bercuti tanpa keizinan di Pulau Redang. Mama tanpa mengira kepenatannya terus bertanyakan soalan yang sama. Kesungguhan dan keinginan mama untuk bermenantukan Maria meruntun jiwa seorang anak miliknya. Apa lagi jawapan yang boleh diberikan melain anggukan. Hanya itu yang dapat menggembirakan mama.

Lagipun apa yang harus dipertahankan, dia sudah pun kehilangan Hanna, satu-satunya wanita yang dia cintai sepenuh jiwa. Biarlah dia menerima, asalkan ada hati yang boleh bergembira. Biarlah dia berkorban, lagipun cintanya sudah hilang, hilang bersama Hanna.

Kerana keputusannya hari itu lah maka majlis pertunangannya telah pun selamat berlangsung dengan penuh meriah dan penuh adat di Mandarin Oriental Hotel. Dia juga kini telah sah menjadi tunangan orang, seperti mana Hanna menjadi tunangan Rizal, perlu belajar mencintai Maria. Tapi mungkinkah cinta itu akan hadir semula setelah ianya dibawa pergi oleh Hanna.

Kamarul mengeluh. Dia mengerling mamanya yang sedang asyik bersembang dengan Untie Lily, tertawa dan kemudian berbisik perlahan. Ada kalanya suara mereka jelas kedengaran namun ada kalanya langsung tenggelam. Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing. Maklumlah hajat untuk berbesan makin menjadi kenyataan. Dia merebahkan tubuhnya di sofa kulit yang diimport khas dari luar negara. Ruangan santai kelurganya yang terletak di tingkat atas betul-betul berhadapan dengan ruang tamu utama di tingkat bawah agak sunyi.

Dia menekan remote kontrol televisyen mencari siaran yang menarik di matanya. Bosan dengan rancangan televisyen yang asyik menayangkan siri kartun pada setiap hujung minggu, dia menutup televisyen. Lantas dia mengambil keputusan untuk melelapkan mata.

Sedang matanya semakin layu, deringin telefon bimbitnya mengejutkannya. Tertera nama Maria di skrin telefon.

“Hello Maria,”

“Arif.. I nak jumpa U lah, ada perkara yang I nak bincangkan.”

“Esoklah..kat office.”

“Penting Arif!”

“Datanglah rumah I, your mother pun ada kat sini.”

“Tak boleh Rif, ini soal kita berdua, I tak mahu mereka tahu dulu.”

“Okaylah… mana?”

“Tempat biasa lah.”

“15 minit I sampai.” Talian di putuskan. Kamarul Ariffin tersandar malas di sofa tanpa ada usaha untuk bangun. Lama dia begitu, malas rasanya untuk berjumpa dengan Maria selepas mereka ditunangkan.

Dahulu dia dengan Maria selalu keluar bersama. Makan, malah bercuti pun. Namun setelah bertunang, perasaannya terhadap Maria kian hambar walaupun sebagai kawan. Dia tahu, dia harus membuang perasaan itu, Dia ingin menjadi suami yang baik walaupun siapa bakal isterinya.

Dia mahu menjadi lebih bertanggungjawab, lebih menghargai dan yang paling penting dia ingin menyayangi isterinya nanti sepenuh hatinya.

Namun, walaupun begitu kuat azamnya, Kamarul Ariffin masih lagi bermalasan di sofa empuk sambil menghadap layar televisyen yang kosong. Memandang terus seolah-olah televisyen sedang menayangkan sesuatu yang menarik. Lama dia begitu. Memerhati dan terus memerhati.

Dia melirik jam ditangan, sudah 10 minit berlalu. Namun perasaan malas begitu mnguasai dirinya. Dia mengeluh, kalau Hanna yang ajak jumpa, tengah malam pun dia sanggup, ini Maria, wanita cantik yang hingga saat ini masih belum mampu meraih kasihnya.Lambat-lambat dia bangun, bergerak malas kebiliknya, bersalin pakaian dan mencapai kunci kereta.

Dia berhenti seketika di sebelah Datin Anne yang sedang ralit berbual dengan Datin Lily, Memerhati mamanya yang masih cantik walaupun sudah agak berusia. Hidung kecil mancung mewarisi hidung neneknya yang berbangsa Inggeris.

Wajah bujur telur dengan rambut sedikit keperangan, mamanya seakan-akan baru berusia 45 tahun, sedangkan tahun ini genaplah umur mama 55 tahun. Kejelitaan mama banyak diwarisi oleh kakak tunggalnya yang kini menetap di Perth, Autralia bersama suami.

Dia sendiri banyak mewarisi sifat fizikal papa. Berbadan sedang tinggi, rambut hitam berkilat dan hidung besar mancung.

Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di sebelah Datin Anne, tersandar sambil menarik nafas panjang. Datin Anne mangalihkan pandangan pada anak tunggal lelakinya yang kelihatan agak murung seminggu ini. Hati keibuannya tersentuh.

“Aku kah penyebabbya, tidak relakah dia dijodohkan dengan Maria” hati kecil datin Anne selalu berbisik. Terkadang menjadi agak kesal dengan segala tindakannya, segala desakannya.

Namun bagaimana dengan janjinya terhadap Datin Lily. Malu rasanya, kalau janjinya terpaksa dibatalkan olehnya. Demi kerana itu dia terpaksa menepis kehendak sang anak, memujuk walaupun kadang-kadang dia turut merasakan yang ianya lebih kepada satu desakan dan terlalu dekat kepada paksaan.

“Arul nak ke mana?” soalnya lembut sambil menepuk tangan sang anak mesra.

Kamarul Ariffin tersenyum, hambar dan terpaksa. Dia sayangkan Datin Anne, mendengar suara Datin Anne bersuara dan memanggil lembut namanya, hatinya lekas menjadi cair.

Tak sanggup rasanya dia mengguris hati wanita yang telah melahirkan dan membesarkannya sehingga dewasa.

“Arul nak keluar sekejap mama, jumpa Maria,” balas Kamarul Ariffin sambil mencium tangan Datin Anne.

“Untie, saya keluar dulu,”

Datin Lily tersenyum manis, kemudian mengalihkan pandanganya pada Datin Anne sambil tersenyum penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience