BAB 2

Romance Completed 5096

“kenapa tak buat surat, request cek tu dari saya, takan nak main mulut je,” sergah Kamarul Ariifin garang. Matanya dijegilkan sambil memandang wajah gadis yang sedang menikus dihadapannya. Sengaja dia buat begitu, hatinya cukup terhibur melihat gadis manis itu pucat lesi ketakutan. Gadis itu tidak berani mengangat muka, wajahnya tunduk merenung permukaan meja kayu yang licin berketam.

“Cik Hanna, saya bercakap dengan awak, bukan dengan meja,” Suara sengaja dikeraskan.

Sebenarnya Kamarul Ariffin langsung tidak menyimpan perasaan marah terhadap gadis yang bernama Hanna. Malah untuk tujuan itu dia tidak perlu marah-marah, tidak perlu bertandang ke pejabat jurutera awam milik Dato’ Harun, sahabat lama Dato’ Musa, semuanya boleh dilakukan melalui telefon.

Namun, hatinya begitu meronta untuk menatap wajah gadis yang telah lama mencuri hatinya sejak kali pertama bersua muka lebih kurang 2 tahun lalu. Dia benar-benar terdesak, jesteru kerana itu, dia sanggup memandu kenderaan mewah miliknya untuk ke pejabat itu, semata-mata untuk menatap wajah manis itu dengan alasan yang cuma sekecil itu.

Hanna mengangkat muka. Menatap wajah tampan yang kelihatan sungguh sombong dimatanya sekilas, kemudian kembali menundukkan wajahnya.

“Saya akan bincang dengan Cik Liza dulu En. Kamarul,

“balasnya selembut mungkin. Walaupun dadanya bagai mahu pecah menahan marah dan geram kerana diherdik oleh sebab perkara sekecil itu.

“Apa? Dia ingat aku ni abdi dia ke, atau tak tahu macamana nak cakap dengan baik, sombong sangat” kutuknya dalam hati.

Hanna mengangkat muka memerhati wajah yang cuba merosakkan maruahnya di dalam mimpinya semalam, wajah sombong yang terlalu amat dibencinya dalam diam.

Namun wajah itu bagai tiada reaksi. Memandang dirinya dengan sorotan mata yang tajam, namun pandangnya terasa begitu lembut, begitu membelai perasaan wanitanya. Seketika dia bagaikan terbuai, hanyut bersama perasaan anih yang menyelinap di dalam jiwa wanitanya. Sumpah!

Selama mengenali lelaki ini, dia langsung tidak berani bertentang mata dengan lelaki tersebut. Cuma hari ini, entah dari mana datangnya keberanian itu, dia sendiri kurang pasti.

Kamarul Ariffin, senyap, menyedari dirinya lama bertentangan mata dengan gadis pujaannya tanpa sepatah kata yang mampu menyakitkan hati gadis itu, dia merasakan yang dia perlu beredar, Bimbang perasaannya akan dapat dibaca oleh gadis itu, malah lebih teruk lagi jika pekerja-pekerja di syarikat itu menyedari tingkah lakunya sebentar tadi.

Pasti akan menerbitkan rasa curiga di hati mereka. Lebih teruk lagi kalau tersebar gossip yang akhirkan akan sampai ke telingan Dato’ Harun, seterusnya ke telingan papa dan mama.

“Masak aku,” desisnya perlahan sambil terbayangkan wajah Maria anak Dato’ Harun yang berada di US kerana menyambung pelajarannya, wanita yang digembar-gemburkan untuk menjadi tunangannya.

“Ya, En. Kamarul…?

Kamarul Ariffin tersentak, tak menyangka bisikannya didengari oleh gadis itu.

“Telingan lintah.” Bisik hatinya sambil menahan senyum.

“Saya tak cakap dengan awaklah, menyibuk aje!” Suaranya dikeraskan dan matanya dijegilkan.

“Biar dia takut sikit” bisik hatinya sambil mengatur langkah menuju ke bilik Dato’ Harun, mengetuk pintu dan kemudian menghilangkan diri dalamnya.

“Sombong…” balas Hanna geram. Namun dia bagaikan terperasan ada secebis senyuman manis terukir di bibir yang tidak dihias langsung dengan kumis.”Lawa juga kalau dia senyum” bisiknya perlahan.

“Kenapa En. Kamarul tu Hanna, pagi-pagi dah mengamuk?” sapa Rizal lembut sambil memandang wajah Hanna yang tersengih memandangnya.

“Entah…dia tu bukannya betul, angin satu badan, biarlah…. tak luak pun,” Ujarnya sambil bangun meninggalkan Rizal yang masih terkebil-kebil memerhatinya. Langkahnya laju menuju ke arah Cik Liza yang sedang tekun mengadap komputer. Dia perlu pantas membincangkan kehendak En. Kamarul Ariffin, sebelum disembur oleh lelaki gila itu.

Rizal mengeluh, memerhati gadis pujaannya yang langsung tidak perasan kewujudan dirinya. Sudah lama dia cuba mendekati Hanna. Namun Hanna seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya.

Sudah berkali-kali dia cuba memancing minat gadis itu terhadapnya, malah mungkin sudah beratus-ratus kali sejak 3 tahun lalu. Namun Hanna seolah-olah berhati batu.

Kehadiran Rizal bagaikan langsung tidak meninggalkan kesan padanya. Mungkin dia tidak berharta tetapi dengan gajinya yang mencecah RM 5,000.00 sebulan sebagai ‘Senior Engineer’, sebiji kereta walaupun bukan kereta mewah sebagai pengangkutan, dia mampu menyara kehidupan keluarganya nanti.

Tambahan pula harta ibubapanya yang bertimbun itu…siapa warisnya, kalau bukan hanya dia, anak tunggal Hj. Zailan dan Hjh Rosnah, pemilik syarikat perabot jati yang beroperasi di sebuah negeri di pantai timur.

Tapi siapa yang tahu kemewahan hidupnya, kerana dia begitu menyembunyikan kehidupannya. Baginya apalah yang ada dengan harta dunia. Tak perlu digembar-gemburkan. Dia tetap seorang lelaki yang sederhana. Yang berharta adalah ibubapanya.

Kalau boleh dia ingin mencari kekayaan sendiri. Tapi apalah pilihan yang dia ada. Sebagai anak tunggal, hendak-atau tidak dia perlu meneruskan perniagaan bapanya suatu hari nanti.

Dia juga terdesak, sedang umurnya sendiri sudah menjangkau 32 tahun, dia ingin mencari gadis idaman untuk mengisi kekosongan hatinya, untuk dijadikan suri hidupnya. Kasihan melihat emak yang terlalu kepingin menerima menantu, melihat ayah yang teringin menimang cucu, zuriat penyambung generasi keluarganya, pewaris hartanya.

Sudahlah dia menghampakan harapan ayah untuk melihat dia mengambil alih pentadbiran syarikat 8 tahun lalu, entah apa minatnya, dia terjun kebidang kejuruteraan civil dan struktur sebagai engineer 8 tahun lalu, menolak permintaan ayah dan keinginan emak.

Dengan penuh hormat dia mohon untuk mencari pengalaman dan melunaskan minatnya terlebih dahulu sebelum mengambil alih syarikat ayah, tidak lama katanya, hanya 10 tahun, dan tempoh itu tinggal 2 tahun lagi, maka pada umur 34 tahun dia perlu menunaikan janjinya.

Dia kembali merenung Hanna yang sedang berbincang dengan Liza di satu sudut pejabat. Mencari jawapan terhadap setiap penolakan Hanna.

”Mungkin aku dah terlalu tua untuk dia kot” bisiknya perlahan. Lambat-lambat dia melangkah menuju ke mejanya untuk menyambung kembali kerja yang terhenti sebentar tadi.

“agaknya aku kena berterus-terang dengan dia?” soalnya sendirian sambil kembali mengalihkan pandangannya kepada Hanna. Melihat gadis manis itu dengan tingkah laku yang begitu mempersonakan, dia benar-benar berharap gadis itu tercipta hanya untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience