BAB 6

Romance Completed 5096

Kamarul Ariffin menghempaskan fail-fail yang dikepitnya di atas meja kayu di dalam bilik besarnya. Kemudian menarik kerusi empuk buatan itali dan menghempaskan dirinya di situ. Dia tersandar lega.

Tali leher yang menjerut leher bajunya di longgarkan. Dia membuka butang kolar leher baju kemeja mahalnya, menekan intercom dan meminta setiausahanya, Melisa membawakan segelas minuman sejuk kepadanya.

Hatinya benar-benar panas, badannya juga turut panas, perasaannya benar-benar terluka apabila melihat wajah Hanna yang berseri-seri. Gadis pujaannya telah dimiliki orang, Kamarul Ariffin benar-benar geram, kecewa dan sedih. Dia hampir menangis tadi di hadapan Hanna.

Mujur juga dia masih mampu menahannya. Kamarul Ariffin meneleku di atas mejanya, kemudian perlahan-lahan kepalanya melurut jatuh ke atas meja. Dia benar-benar terasa ingin menangis. Kenapa dia menajdi terlalu lemah, menangis kerana seorang perempuan. Dia benar-benar tersiksa, menyintai Hanna sepenuh hati, namun tidak mampu meluahkan perasaannya pada gadis itu, lantaran kehendaki keluarga yang ingin menjodohkannya dengan Maria, anak Dato’ Harun.

Maria kawan sepermainannya pada zaman kanak-kanak yang hanya dianggap sebagai adik sendiri. Namun akibat sikap ingin menjaga hati orang tuanya , dia kepingin, gadis pujaannya telah menjadi hak orang lain, dan dia langsung tidak mempunyai peluang lagi.

Sedar-sedar dia sudah teresak-esak di atas mejanya. Menangis seperti anak kecil yang mahukan sesuatu tetapi tidak ditunaikan oleh ibubapa. Ketika itu juga Melisa menerpa masuk dan terpempan melihat lelaki hebat, dan penuh berkarisma ini menangis seperti anak kecil.

Melisa terpana, tersentak dengan kejadian yang langsung tidak di sangkanya. Patutlah suara Kamarul Ariffin tidak seperti selalu, ceria dan menghiburkan.

“Kasihan lelaki ini, siapalah yang sanggup membuatkan lelaki sebaik Kamarul Ariffin ini menangis,” Desis hati Melisa penuh simpati.

“En. Kamarul..” sapa Melisa sambil cuba menghampiri pengarah urusannya. Dia menghulur gelas yang berisi minuman sejuk ke atas meja Kamarul Ariffin.

Kamarul Ariffin tunduk menyeka air mata yang berbaki. Kemudian mengangkat muka sambil cuba melemparkan senyuman.

“Kenapa tak ketuk pintu dulu?” soalnya lembut.

“Er..biasanya tak …”

“Tak pelah…you keluar dulu. Thanks for drink.”

Kamarul Ariffin bangun. Menuju ke jendela pejabatnya. Merenung bandaraya Kuala Lumpur dari pejabatnya yang terletak ditingkat 30.

“Baik En. Kamarul.”

Melisa memulas tombol pintu

“Er..Melisa..” Kamarul Ariffin mengalihkan kedudukannya menghadap Melisa yang berdiri di tepi pintu.

“Ya..Encik…”

“Next time ketuk pintu dulu!”

“Baik Encik!”

“One more thing… about tadi…..”

“Don’t worry En. Kamarul. I will keep it, biar pecah diperut, jangan pecah dimulut,” balas Melisa sambil cuba meniru gaya Aziz M. Osman dalam drama Cinderella.

Kamarul Ariffin tersenyum senang. Melisa memang pandai mengambil hatinya, peramah dan berwatakan menarik. Melisa jauh lebih cantik jika hendak di bandingkan dengan Hanna, moden dan bijak.

Namun entah kenapa dia tidak pernah jatuh hati pada setiausahanya itu. Padanya Hanna tetap satu dalam sejuta, cantik Hanna, perwatakan Hanna yang agak malu-malu, kekampungan begitu menambat hatinya.

Dia mengel

uh, memusingkan badannya bila Melisa sudah memboloskan diri dari biliknya, kembali menghadap bandaraya Kuala Lumpur dari jendela bilik. Namun pemandangan itu tidak mampu melegakan keresahan hatinya. Dia bergerak semula ke mejanya, memandang sepi pada fail-fail yang bertimbun, tidak tersusun, menguis-nguis fail dengan jari-jari kasarnya tanpa ada perasaan untuk membeleknya.

Seketika kemudian dia menghenyakkan punggungnya ke kerusi empuk, sambil memusing.-musingkan kerusi itu tanpa arah

“En. Kamarul..” suara Melisa kedengaran dari intercom dibiliknya.

“Ya, Melisa..”

“Datin Anne, line two.”

“Ok, past..”

“Arul.. mama ni, untie Lily call mama, dia cakap Maria akan balik next week.”

“Arul jumpa Uncle Harun tadi, dia tak cakap apa-apa pun.”

“Agaknya Maria baru call tak.”

“So…”

“Ala…. Arul ni pasal majlis Arul dengan Maria la..”

“Kan boleh bincang malam nanti mama,”

“Mama Cuma nak tahu keputusan Arul saje..”

Kamarul Ariffin mengeluh. Dia benar-benar terdesak. Semuanya terjadi mendadak dalam hidupnya.

“Kalau Arul tak setuju,”

“Arul jangan buat macam tu pada mama, mama dah janji dengan Untie Lily,”

“Mama.. Arul tak bersedia lagilah..”

“Arul!”

“Kita bincang malam nanti lah.. Arul nak keluar ni, ada hal, bye!” talian diputuskan. Kamarul Ariffin tersandar kelesuan di kerusinya. Sakit kepalanya memikirkan kejadian yang bertimpa-timpa datang. Dia bangun, difikirannya terencana sesuatu. Menanggalkan kot yang dipakainya dan bergegas mencapai kunci kereta dan bergerak menuju ke pintu biliknya.

Tombol dipulas dan dia sudah berada dihadapan Melisa.

“Melisa, I cuti seminggu, beritahu Dato’ okey..” katanya sambil bergerak laju menuju ke pintu keluar

“But En. Kamarul, ke mana..?” soal Melisa separuh menjerit bila dilihatnya Kamarul Ariffin sudah berlalu agak jauh.

Kamarul Ariffin berpaling, tersenyum dan mengenyitkan matanya tanpa menjawab soalan Melisa. Langkahnya semakin laju seolah-olah sedang mengejar sesuatu.

Melisa mengeluh,

“masak aku dengan Dato’ ni,” getus hatinya resah. Ikut hatinya sekarang juga dia mahu meletakkan jawatannya. Serik rasanya terima kemarahan Dato’ Musa kerana perangai Kamarul Ariffin yang tidak menentu, namun kebaikan Kamarul Ariffin, Dato’ Musa terhadap pekerja mereka membantutkan hasrat itu.

“Cari kedamaian lah tu… itu mesti ke Redang..” teka Melisa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Kamarul, Kamarul…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience