#2 Belon Yang Terbang (Bahagian 2)

Romance Completed 2641

#2
Belon yang terbang (Bahagian 2).

Aku beli satu belon berwarna merah. Warna merah itu kau pernah khabarkan yang ianya merupakan warna kegemaran. Tak tahulah kalau fakta yang ini pun kau nak tipu padaku aku, walaupun aku tahu yang aku tetap juga akan percaya.

Sejam sebelum harijadi kau tiba, aku bergerak ke padang bersama belon yang aku beli tadi. Aku habiskan masa dalam sejam itu memikirkan kembali kenangan antara aku dengan kau yang pernah wujud dan ada selama ini.

Ketika itu, kau begitu baik dengan aku.

Kau merahsiakan perkara-perkara yang aku suruh kau rahsiakan.

Dan ada masanya kau katakan yang kau juga turut mencintai aku. Ya, momemnt sebegitu memang ada.

Sumpah tiada lagi hari gembira yang boleh menandingi hari tersebut.

Tepat jam 12 malam. Aku berdiri. Tali belon dalam genggaman.

Selamat Hari Jadi Nurul. Semoga kau bahagia. Aku doakan kau bahagia. Walaupun bukan aku yang kau pilih, aku tetap mahu kau bahagia. Walau aku yang kau singkir, aku tetap mahu kau bahagia. Walau siapa-siapa pun yang kau pilih di dalam dunia ini, aku tetap mahu kau bahagia. Dan doa ini akan sentiasa dibacakan aku agar ianya diperkenankan Tuhan,‛

Belon dilepaskan dari tangan.

Belon tebang, pergi bersama perasaan yang sayang yang tidak mungkin boleh diadakan.

Belon terbang, pergi bersama sebuah tanda perasaan cinta yang harus hilang dari dalam diri.

Ya, belon itu harus pergi.

Kenangan lampau juga harus pergi.

Aku juga harus pergi.

Pergi bersama belon merah kesukaan kau suatu ketika dahulu.

Kerana apa lagi nak dikejar pada orang yang tak sudi?

Belon terus pergi dan terbang tinggi.

Naik tinggi ke udara sambil dipandang oleh aku.

Aku berterusan memandangnya.

Sehinggalah ianya pecah diudara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience