#6 Catatan Rizal (Bahagian 4)

Romance Completed 2641

#6
Catatan Rizal (Bahagian 4)

Kami tiba di stesen KL Sentral. Aku mengambil keputusan untuk tidak parking di kawasan berbayar atas faktor aku cuma mahu berada di sini sekejap saja. Tambahan pula, hujan pun sudah berhenti, walaupun langit masih gelap. Makanya, kami perlu berjalan sedikit untuk sampai ke stesen. Aku perasan kau cuba hendak berpimpin tangan. Pantas aku elak dan jalan sedikit ke belakang. Mungkin kau akur sebab kemudian kau memilih untuk berjalan laju sedikit di hadapan.

Kau berjalan sambil semacam berfikir. Dengan muka yang aku sudah sayang dan hadap bertahun itu, segala jenis muka yang kau buat aku boleh baca dan tafsir. Tentang apa yang kau fikir itu, aku tidak tahu. Tapi aku yakin ianya berat dan membebankan. Sebab kau seolahnya berkhayal, berjalan sehingga hampir dilanggar kereta. Hon berbunyi dan kau terkejut lantas mengelak sedikit kereta yang datang itu.

Hendak saja aku memegang tangan kau, berjalan menuju ke stesen. Hendak saja aku menjadi mata tatakala kau berjalan sambil memikirkan perkara yang entah apa. Tapi, atas kerana cinta aku padanya serta kesakitan yang aku sedang alami di dalam perut ini, aku biarkan sahaja.

Kita berjalan sehingga melalui kepada sebuah taman permainan yang sering kita pergi tatkala bercinta dahulu. Kau berlari padaku bersama wajah merayu.

"Jika kita pergi ke taman tu sekejap. Sekejap je. Sarah janji, lepas tu Sarah akan balik terus ke rumah,"

Dengan rayuan yang sebegitu, aku menjadi rapuh. Hati aku menangis rasa mahu memeluk kau dan berkata maafkan aku kerana membuat kau terseksa. Tapi demi sayangnya aku pada engkau itulah, aku pamerkan wajah meluat. Sambil melihat pada jam, aku menangguk kepala tanda bersetuju yang tak rela mana.

Masuk saja ke dalam taman, aku menuju ke kerusi berhampiran. Duduk sambil menunjukkan bahasa tubuh yang aku mahu pulang dengan segera. Kau tidak bermain di buaian, ataupun menggunakan gelongsor. Kau cuma bergerak ke sebuah pokok yang paling besar di taman dan mencari sesuatu. Aku tahu apa yang kau cari. Kau cari tulisan yang aku ukirkan pada pokok itu dahulu menggunakan pisau lipat. Ianya tertulis,

"Rizal & Sarah was here.

I will love you, always and forever,"

Aku memang hafal sangat tulisan itu, kerana aku selalu datang ke sini, membacanya semula sambil mengenang cerita lama. Dan kerana tidak tahan

menanggung sakitnya rasa ini, aku padamkan tulisan itu dengan menggunakan pisau lipat yang serupa. Aku kopekkan seluruh kulit pokok yang ada tulisan itu agar ianya hilang terus tanpa kesan.

Agak lama juga kau mencari sesuatu yang aku tahu sudah tidak ada. Kemudian kau datang semula kepadaku sambil menitiskan air mata.

"Rizal, Sarah tak jumpa. Tulisan tu dah tak ada,"

Aku mula rasa bersalah. Seolahnya ada sebilah pisau yang mula menusuk hati tatkala melihat air mata yang mengalir melalui wajah yang pernah aku cinta sayang. Ingin saja aku memelukmu, meminta maaf, dan berharap semuanya akan pulih seperti biasa dan kita boleh bahagia semula.

Namun tidak.

Ini semua adalah untuk kebaikanmu.

Aku berlakon seolahnya aku tidak kisah. Aku tidak pernah kisah.

"Boleh kita balik sekarang?" ujar aku dengan nada suara yang aku fikirkan dulu amat mustahil untuk diluahkan pada kau.


Hujan mula renyai semula. Aku membuka payung yang aku sedang bawa dan bersedia untuk bergerak semula. Kau masih berdiri disitu, kaku dan tidak mahu berganjak pulang. Berwajahkan harapan yang kau mungkin masih ada peluang. Dan juga mungkin sedang mengumpulkan semangat terakhir untuk meluahkan kata,

‚Sarah tahu yang Rizal sekadar mereka-reka cerita tentang Rizal dan perempuan tu. Kenapa Rizal buat Sarah macam ni? Rizal tahu yang kadang-kadang Sarah ni mengecewakan Rizal, tapi Suraya boleh berubah. Tak boleh ke kita mulakannya semula? Tolong Rizal. Sarah cintakan Rizal,‛

Aku diam tak berkata apa-apa. Aku pandang ke bawah tanpa menunjukkan

sebarang reaksi positif akan permintaan kau yang satu itu. Mungkin kau sudah beralah kerana selepas itu kau mula berjalan hendak menuju ke stesen kereta api yang berhampiran. Sepanjang perjalanan itu, kita berdua senyap tidak berkata apa-apa.

Maafkan aku Sarah.

Sumpah, bukan aku sengaja begini.

Lebih baik begini, daripada kau menanggung kecewa yang akan menyebabkan kau merana untuk satu tempoh yang lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience