#9 Rindu (Bahagian Akhir)

Romance Completed 2641

?#9
Rindu (Bahagian Akhir)

Aku duduk di sisi katil sambil mengingatkan kembali mimpi aku. Orang kata, kalau kita mimpikan seseorang itu, maknanya dia rindu pada kita. Aku senyum. Benda tu kan terlampau mistik. Dan, kelakar juga. Sebab ada satu hari tu, aku termimpikan Emma Watson. Apa gila Emma Watson nak merindukan aku. Makanya, yang kau

mungkin turut merindukan aku itu, aku tak pasti betul atau tidak. Tapi yang aku tahu sekarang, secara tiba-tiba aku rindukan kau. Rindu yang teramat sangat.

Banyak soalan yang bermain di minda aku mengenai kau. Macam mana kau sekarang? Apa khabar kau? Apa khabar kekasih kau? Macam mana belajar? Kawan-kawan kau bagaimana?

Dan aku, nak dengar suara kau.

Aku capai telefon yang hampir dengan aku. Menghubungi nombor yang tak
pernah luput dalam ingatan walau sudah lama ianya dipadamkan. Tapi, aku berhenti.

Aku teringat.

Kau dan aku mana pernah rapat kembali selepas peristiwa itu.

Peristiwa di mana aku melamar kau untuk dijadikan kekasih, dan kau tolak aku. Mentah.

Kau kata, kita hanya sesuai jadi kawan. Kawan baik. Sumpah aku kecewa sangat masa tu.

Selepas tu, kita memang jadi kawan walaupun banyak kali aku gaduh dengan kau. Gaduh mulut. Aku tak tahu kenapa aku jadi macam tu. Mungkin aku cukup emosi bila kau tolak cinta aku.

Kadang-kadang, kau cerita masalah dekat aku. Kau tanya pendapat aku bila kau nak buat keputusan besar. Kau ceritakan tentang kawan kau yang tidak mengambil berat tentang kau. Kau ceritakan tentang kekasih kasanova kau yang menipu kau. Kau cerita semua pada aku. Susah, senang. Tapi, bila kau dah dapat kawan yang best, kau terus buang aku.

Aku masih ingat, kau pernah kata. Yang aku mempunyai semua ciri kekasih idaman wanita. Dan sungguh bertuah wanita yang berjaya memiliki aku. Tapi, kau masih memilih lelaki jahanam yang telah pun menipu kau lebih 5 kali. Apa maksud kau?

Sampai sekarang, aku tertanya-tanya akan satu perkara. Siapa sebenarnya aku dalam kamus hidup kau?

Seorang lelaki yang tidak ada rupa tapi cintakan separuh mati?

Ataupun sekadar seorang penyibuk yang kerjanya menyakitkan hati?

Atau mungkin aku sekadar sebuah Pengantar di dalam kamus. Pengantar itu tetap akan ada di kamus, di antara muka surat terawal, namun tidak ada seorang pun yang peduli siapa penulis dan apa yang ditulisnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience