#7 Catatan Rizal (Bahagian Akhir)

Romance Completed 2641

#7
Catatan Rizal (Bahagian Akhir)

2 tahun yang lalu, aku disahkan menghidap penyakit kanser. Namun, ianya masih diperingkat awal dan boleh dirawat. Atas faktor yang aku fikir ianya masih selamat, aku mula menjalani kehidupan seperti biasa, sehingga terlupa pada kanser yang aku sedang hidapi itu. Aku tidak memikirkan tentangnya dan tidak lagi bertemu doktor untuk rawatan lanjut. Benar, itu silapku. Namun di waktu itu, aku tidak sedar.

Sehinggalah 2 bulan yang lalu, perut aku mula sakit yang teramat untuk satu tempoh masa yang agak lama. Dan, mimpi ngeri mula menghantui diri aku.

Mulanya aku fikir, sakit ini sakit biasa. Sehinggalah aku berjumpa doktor dan mengambil keputusan untuk melakukan X-ray. Terpampanglah akan seketul titik hitam yang besar berada di sekitar perut aku. Aku diberitahu akan sebuah berita yang aku sendiri tidak mahu percaya.

Aku sedang berada di puncak kehidupan tatkala bersama kau, namun sudah tiba masanya ia bertemu penghujung. Aku tidak mahu kau, dan kawan-kawan disekelilingku berasa sedih kerana melihat aku menanggung seksa dan derita. Atas faktor itu, aku ambil keputusan untuk mencabut nyawaku sendiri. Tetapi, aku tidak mahu yang lain tahu akan niatku itu, terutamanya kau Sarah.

Aku mula menjauhkan diri aku dengan rakan-rakan yang rapat.

Dan pada kau, aku kecewakan harapan cinta kau pada aku dengan berlakon curang. Itulah cara terpantas untuk kau membuang perasaan cinta kau pada aku yang mungkin telah lama dipupuk. Maafkan aku Sarah.

Kerana rambut aku sudah mulai gugur dan kau akan mengetahuinya serta merta akan beban yang ditanggung olehku.

Aku sudah hampir berjaya.

Ini adalah lakonan terakhir aku mungkin dalam menunjukkan betapa aku benci dan tidak sayang akan kau selama ini.

Kita sudah hampir mahu tiba ke stesen.

Sambil menahan air mata, aku berkata.

‘’Jaga diri sebaik mungkin,"

Kau diam tak membalas. Sekadar mengangguk dan berlalu meninggalkan aku, untuk selama-selamanya. Aku hanya memerhatikan kau yang berjalan menuruni tangga unuk menaiki kereta api.

Pada wanita yang aku cinta sehingga ke akhir nyawa, berlalulah selamanya kau dari hidup aku.

Fikirku, aku mampu bertahan.

Sayangnya tidak.

Aku tidak mampu lagi menahan gelonjak rasa ingin memberitahu kau akan segalanya. Tentang derita yang ditanggung aku dan rasa cinta yang membuak pada kau. Segera, aku ke kaunter tiket dan membeli ke mana-mana sahaja stesen yang ada. Dengan pantas, aku menuruni tangga dan berharap kau masih lagi disitu. Pintu keretapi masih belum ditutup dan fikirnya aku masih punya harapan. Aku mencari lagi dimanakah kau berada di dalam gerabak itu.

Pintu tertutup dan tatkala itulah aku perasan yang aku berada di gerabak yang salah. Kau sedang duduk dan menangis di gerabak yang lagi satu. Namun, satu apa pun aku tak mampu buat sekarang. Kerana pintu sudah ditutup dan kedua-dua gerabak sudah mula bergerak menuju ke stesen yang dirancang. Air mataku mula mengalir, akhirnya.

Itulah kali terakhir aku melihat kau.

Kau pergi dan berlalu tanpa sebarang lagi berita. Tiada lagi panggilan yang dibuat, merayu mahu berjumpa semula dengan aku.

Sehingga ke hari ini, saat aku mahu pergi dan menuliskan kata terakhir ini, aku yakin kau tidak lagi tahu akan derita dan cerita cinta yang aku sedang hadap ini Sarah.

Namun, aku pergi tanpa ada sebarang penyesalan.

Tapi tidak aku.

Aku bukan Rizal.

Aku adalah Sarah. Dengan menggunakan ikatan dan catatan Rizal yang aku jumpa setahun selepas Rizal pergi meninggalkan aku selamanya, aku menulis semula cerita ini, bersama dengan kata-kata terakhir dari ku sebelum aku pula pergi untuk selama-lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience