#5 Catatan Rizal (Bahagian 3)

Romance Completed 2641

#5
Catatan Rizal (Bahagian 3)

Bagaimana kita bertemu?

Bertahun dulu, semasa aku sedang belajar untuk Ijazahku, aku tinggal di sebuah apartment berhampiran dengan kolej. Kita waktu itu kebetulan tinggal di bangunan apartment yang sama. Dan, aras yang sama. Dahulu, kita berlima. Bersahabat baik dan amat rapat. Kita berlima akan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Darilah menonton wayang sehinggalah membeli kelengkapan harian biasa. Kita seperti keluarga tatkala itu, eratnya hubungan antara satu sama lain. Dan, aku tidak pernah menyangka yang akan tiba harinya aku jatuh cinta pada kau, satu-satunya ahli wanita dalam kumpulan yang berlima ini.

Mungkin kerana kita sudah sedia kenal untuk tempoh yang lama ataupun memang takdir untuk kita bersama, maka bila ianya dibawa kepada dunia cinta, kita menjadi terlalu erat dan terlalu sayang dalam tempoh yang cepat. Cinta yang dipupuk perasaan sehingga ianya tenggelam terlalu dalam. Antara kita memang terlalu cinta.

Selepas kau tamat belajar, kita hadapi sedikit kesukaran. Kerana kau mengambil keputusan untuk pulang ke Kedah, dalam masa yang sama aku masih ada setahun lagi tempoh pengajian sebelum ianya tamat. Dalam tempoh setahun itu, aku akan menaiki bas menuju ke utara setiap kali cuti biasa ataupun semesta. Semata ingin berjumpa walaupun hanya sekejap cuma. Penat yang aku hadap, aku tidak kisah. Kerana atas sebab usahaku, hubungan kita jadi lebih erat dari dulu.

Tapi itu dulu.

Sebelum semua ini menjadi semakin sukar dan kabur.

Sebelum semua ini menjadi semakin kusut dan keliru.

Dengan sekelip mata, aku kembali semula ke masa sekarang, masa di mana aku masih cuba membuang orang yang aku pernah sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience