#8 Rindu (Bahagian 1)

Romance Completed 2641

?#8
Rindu (Bahagian 1)

Tadi, aku mimpikan kau,

Dalam mimpi tu, aku dan kau berjalan di sebuah pusat membeli belah. Berjalan berdua tapi tidak berpegangan tangan. Berjalan agak rapat tapi muka kau seakan-akan marahkan aku. Kau banyak mengomel. Tidak puas hati akan sesuatu. Aku tidak tahu akan perkara apa yang kau tidak puas hati itu. Masa tu, aku menjadi lelaki yang tidak ambil kisah akan ngomelan kau itu. Sebab bagi aku, berjalan dengan kau pun dah cukup untuk buat aku rasa bahagia dan terlupa akan perkara yang kebanyakan lelaki mampu rasa annoying.

Aku ada cuba tanya kau, kenapa? Apa yang kau marahkan aku sangat ni? Kau diam tak menjawab. Kemudian, kau senyum memandang aku.

"Takde apa-apa," lalu berjalan jauh sikit dari aku.

Dalam mimpi itu jugak, aku nampak kedua ibu bapa kau. Aku tak faham kenapa kita berjalan sekali dengan mereka. Mungkin watak aku dalam mimpi aku ini adalah sebagai bakal suami kau. Atau mungkin sudah pun menjadi suami. Mungkin. Inikan mimpi.

Kemudian aku ternampak kau memandang sesuatu di dalam almari berkaca di suatu sudut kedai di pusat membeli belah itu. Mata kau bersinar-sinar tatkala memandangnya. Tapi, sebaik sahaja kau terpandangkan aku, kau beredar seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Aku bertanyakan pada kau, apa yang kau lihat?

"Takde apa-apa," jelas kau lalu berjalan meninggalkan aku lagi.

Kemudian bapa kau datang kepada aku bersama ibumu. Dengan wajah yang
sinis, dia berkata,

"Kalau kau sayangkan dia, kau akan belikan apa yang dia mahu. Kan?"

Aku nampak wajah bapa kau yang menggambarkan betapa dia tidak pernah suka aku berada dalam keluarga ni. Tak pernah. Riak wajah kau pun tadi seperti membenci aku. Kemudian, aku tertanya-tanya kenapa kita berkahwin? Atau mungkin, kenapa kita bersama kalau kau sendiri menyampah nak tengok muka aku?

Selepas itu secara tiba-tiba, aku ditumbuk oleh seorang laki-laki yang aku tak kenal tatkala aku sedang menaiki jejantas untuk menyeberang jalan. Aku cuba membalas dengan mengejar, tapi aku lumpuh sebelah badan dan terjatuh.

Aku terjaga dari tidur selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience