#11 Pilihan Kedua (Bahagian Akhir)

Romance Completed 2641

?#11
Pilihan Kedua (Bahagian Akhir)

Hari ini, entah apa yang Nana rasakan. Kasihan ataupun mungkin mahu

memberikan harapan palsu. Entah. Tetapi, Nana menyatakan kepada Remy,

"Aku menyukai kau Remy. Betul, aku tidak bohong. Namun, jika disuruh

memilih, aku akan lebih menyayangi Azam, sepenuh hatiku,"

*******

Remy terkenang saat mereka di sekolah.

Mereka bertiga sudah lama berkawan. Remy, Azam, dan Nana. Kalau diikutkan, Remy dan Azam lebih lama berkawan. Semenjak dari kecil. Nana adalah ahli baru dalam kumpulan kecil itu. Azam boleh dikatakan sebagai seorang lelaki yang sempurna. Bukan saja mempunyai rupa yang menarik, malah merupakan seorang jaguh sukan. Azam juga bijak dalam pelajaran, menjadikan Remy yang sentiasa berusaha untuk menandinginya, sekadar duduk di tempat kedua. Kerana Remy tidak dilahirkan berbakat seperti itu. Semuanya dilakukan dengan latihan berat yang berterusan tanpa pernah putus asa. Namun selamanya, dalam apa sahaja benda yang diceburi bersama, Remy tetap duduk ditempat kedua, di belakang Azam.

Dan tanpa disangka, gadis yang diminati Remy iaitu Nana (yang pada awalnya bertindak sebagai seorang kawan karib sahaja) turut diminati Azam. Sudah pastilah kesudahan ini diketahui semua. Ya, Azam juga yang berjaya menawan hati Nana sepenuhnya, menjadikan Remy di tempat kedua, seperti selalu.

*******

6 bulan telah pun berlalu.

Kini mereka berdua di lapangan terbang, menanti kepulangan Azam. Tempoh itu sudah semakin hampir, penamatan kepada sebuah kontrak pendek cinta untuk si tempat kedua. Ya, Remy sedar yang dia cuma di tempat kedua.

Hubungan ini akan tamat bila Azam kembali dan itulah perjanjiannya.

Dan Remy akan selamanya merasakan yang dia tetap merupakan pilihan kedua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience