#10 Pilihan Kedua (Bahagian 1)

Romance Completed 2641

?#10
Pilihan Kedua (Bahagian 1)

Azam mengucapkan beberapa pesanan terakhir sebelum dia berangkat ke luar negara selama 6 bulan atas urusan kerja. Pesanan itu diberikan elok kepada kekasih hati yang begitu dicintainya, Nana. Pelbagai pesanan biasa yang juga turut diucapkan seperti,

"Jaga diri elok-elok,?

"Jangan lupa makan sarapan," dan sebagainya.

Yang turut hadir dalam "Majlis perpisahan sementara" itu adalah kawan baiknya, Remy. Remy cuma memerhati sambil tersenyum. Senyuman yang terpaksa dilakukan. Senyuman yang terpaksa digunakan untuk tujuan mengaburi mereka yang melihat (jika ada) akan hatinya yang sedang sakit itu.

Nana yang mendengar segala pesanan itu hanya tersenyum dan menggangguk tanda faham. Masanya sudah tiba. Lantas, sebuah pelukan terakhir diberi sebelum Azam berangkat. Setelah Azam turun dari eskelator bersama lambaian tanda perpisahan sementara sudah pun bermula, Nana dan Remy pun berangkat pulang.

Kisah cinta kedua pun bermula.

Nana memegang erat tangan Remy. Remy memimpin tangan Nana menuju ke motornya.

"Kita hendak kemana?" tanya Remy.

"Kita pergi makan dulu. Boleh?"

Dengan motorsikal itu, mereka menyusur melalui jalan di sekitar bandar. Setiap masa di atas motor, kadangkala kucupan diberi, pelukan bertambah erat. Sesudah makan, mereka pun pulang ke rumah bagi menyambung kemesraan yang tadi.

Esok paginya, mereka keluar bersama lagi. Kebetulan hari ini hari sabtu. Keduaduanya cuti. Jika tidak bercuti pun, masing-masing akan memohon cuti sendiri.

Mereka keluar bersama bagaikan pasangan kekasih. Makan bersama. Ketawa bersama. Menonton wayang bersama. Bila pulang, pelukan erat mengakhiri kepulangan ke rumah masing-masing.

*******

Suatu ketika dahulu, Remy buat pertama kalinya meluahkan rasa cintanya pada Nana. Cintanya ditolak mentah, walaupun kemersraan antara mereka jika dilihat oleh orang lain, sepertinya pasangan kekasih.

Begitu juga dengan yang kali ini.

"Kau tidak mungkin mampu menandingi dia Remy. Kau tahukan yang kau hanya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Azam. Itu saja. Tidak lebih," ujar Nana.

Memang Remy sudah lama menyimpan perasaan terhadap Nana. Beberapa kali

juga Remy meluahkan perasaannya pada Nana. Namun jawapannya tetap sama,

"Kau takkan mungkin menandinginya,"

Remy kecewa lagi untuk yang kesekian kalinya.


*******

Sebulan sebelum Azam hendak ke luar negara.

Akhirnya, perjanjian telah pun dibuat. Remy menyatakan biarlah dia menjadi kekasih sementara kepada Nana. Biarlah walaupun sementara. Walaupun hanya tatkala Azam berada jauh dari Nana. Asalkan dia dapat merasakan "cinta sementara" itu pun dah mampu buat Remy rasa.

Perjanjiannya, sebaik sahaja Azam pulang, segala hal romantik cinta rindu antara satu sama lain juga akan pulang ke tempat asalnya, iaitu sebuah khayalan sementara si Remy. Dan Remy bersetuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience