#4 Catatan Rizal (Bahagian 2)

Romance Completed 2641

#4
Catatan Rizal (Bahagian 2)

Mungkin kerana hujan terlalu lebat, ataupun atas faktor hari ini adalah hari bekerja. Stesen keretapi Masjid Jamek dipenuhi manusia yang bersama payung dan keinginan yang tidak sabar untuk pulang ke rumah. Kelihatannya mereka tidak lansung mempedulikan orang sekeliling. Kami masih belum turun dari kereta. Dari tingkap kereta, kami melihat yang kaunter tiket yang dibuka cuma satu, dan manusia yang berada di hadapannya seperti beratus jumlahnya.

Kau mula memandang aku dengan sebuah pandangan yang memang aku faham

sangat akan permintaannya. Kita bersama bukannya sekejap. Sudah 6 tahun. Aku tahu pandangan itu. Dan juga, aku faham apa perasaannya datang ke Kuala Lumpur dengan keadaan cuaca yang seperti ini semata mahu berjumpa dengan aku, namun aku melayan kau seteruk ini.

Aku mula dilanda rasa bersalah. Pandangan yang kau berikan itu, memangnya mampu melemahkan segala api amarah jika ada. Ingin saha aku menumpangkan kau tidur dirumahku seperti selalu. Seperti waktu dulu dimana kita sama-sama bahagia dan bermain rindu.

Tapi, aku kembali semula ke dunia realiti. Sengaja dengan nada suara yang paling dingin, aku katakan,

"Jom, kita lihat di stesen lain pula,"

Kau hanya diam tanpa bersuara apa-apa.

Cuma mengangguk lemah tanda, ya.

Jika kau tak mengangguk pun, aku akan tetap buat benda yang serupa.

Brek tangan diturunkan dan pedal minyak ditekan semula. Kereta meluncur menuju ke stesen lain yang aku fikirkan tidak begitu ramai manusianya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience