#1 Belon Yang Terbang (Bahagian 1)

Romance Completed 2641

#1
Belon yang terbang (Bahagian 1).

Harijadi kau sudah tiba. Selamat hari lahir. Semoga terus berbahagia sentiasa

menghadapi kehidupan sedia ada. Teringin benar aku hendak mengucapkannya kepada kau secara terus. Berdepan dengan kau. Mendengar suara dan melihat tikah laku kau seperti dahulu. Aku rindukan semua saat itu. Rindu aku pada kau sudah sampai ke tahap paling puncak.

Aku dan kau memang sudah tak berhubung. Semuanya kerana kau sendiri yang enggan berjumpa denganku selepas sambutan hari lahir kau pada tiga tahun yang lepas. Sumpah, ia menyebabkan aku seolahnya sedang jatuh dalam lubang yang paling dalam dan gelap.

Aku tak faham.

Sedangkan sebelum itu kita berkawan rapat. Sangat rapat sehinggakan timbul rasa cinta yang tak mungkin aku elak pandang. Dan, tatkala aku meluahkan rasa cinta itu pada kau, kau terima walaupun dengan nada suara yang agak berat. Aku gembira.

Kerana bukan jawapan ‚ 'tidak' yang kau berikan.

Walaupun hubungan itu cuma mampu hidup selama satu hari.

Walaupun kau berbohong selepas itu kerana mengatakan yang kau masih belum berpunya, sedangkan kau sudah pun ada pengganti hanya selepas tidak sampai seminggu kau meninggalkan aku.

Kerana selepas semua itu, kau berjanji yang kau akan tetap bersama aku atas nama sahabat, namun perlahan kau meninggalkan aku terus murung di dalam lubang gelap yang kau ciptakan untuk aku tanpa sedar. Dan aku yang menjadi tukang galinya. Tak mengapa.

Aku sedar. Aku nak macam ni sampai bila? Menunggu benda yang memang bukan hak aku sampai bila?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience