BAB 9

Romance Completed 7172

Keesokan harinya seperti dirancang, Shahir mengajak Zara makan tengahari bersama-sama di kafe kolej.

“Zara, saya nak tanya satu benda boleh?”

“Tanyalah.” Zara menyuap Mi Goreng ke mulutnya.

“Yang ambil awak semalam siapa?” Shahir memberanikan diri bertanya.

Zara menelan makanan di dalam mulutnya sebelum menjawab, “Kan saya dah beritahu. Bodyguard saya.”

“Jangan tipulah. Habis tu cara pakaian dia tak macam bodyguard. Macam orang baru lepas balik daripada pejabat.” Shahir membandingkan lelaki yang dikatakan bodyguard Zara dengan bodyguard di dalam tv. Berbeza!

“Erm… adalah! Tapi saya cuma boleh beritahu dia merupakan salah seorang manusia yang saya sayang sangat dalam dunia ni walaupun kadang-kadang dia annoying.” Zara memutuskan untuk tidak memberitahu perkara sebenar. Shahir bukan orang pertama bertanya tentang salah seorang abangnya. Zara pernah memberitahu itu ialah abangnya tetapi terlalu berjela penjelasan untuk diberikan. Malas pula mahu bercerita panjang.

Wajah Shahir berubah. Sayang? Jadi mungkin betul lelaki Arab tu teman lelaki Zara. Mesti Zara sengaja tidak mahu memberitahu. Oh, dunia! Mengapakah selalunya bila hero nak cari kekasih mesti ada halangan! Mengapa? Mengapa?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience