Tengok ni. Dah siap ada perjanjian kita berlima tau!”
“Yalah. Ingat tak masa lepas Zara dapat tawaran sambung belajar ni?” Adam mengingatkan kembali.
Memang ya. Sebaik saja Zara mendapat surat tawaran sambung belajar ke kolej, Zara terus menyediakan surat perjanjian supaya abang-abangnya tidak lagi mengawalnya 24 jam. Mana tidaknya, sejak sekolah rendah, abang-abangnya itu yang menghantar dan mengambilnya dari sekolah. Langsung tak ada masa bersama-sama dengan kawan-kawan.
“Hmm… tapi ingat! Balik sebelum marghrib. Kalau kami terima walaupun satu surat saman atau ada apa-apa masalah timbul, abang nak perjanjian ni dibatalkan. Fahemti(kamu faham)?”
Zara mengangguk. Oh, yeah! Aku akan menikmati kebebasan yang aku idam-idamkan sejak sekian lamanya. I believe I can fly!
BAB 2
Memandu kereta sendirian sememangnya tenang sekali. Tiada lagi penceramah tak bertauliah yang sibuk mengingatkannya supaya mematuhi undang-undang, fokus ketika memandu dan macam-macam lagi sampai kadang-kadang rasa nak stapler mulut abang-abangnya itu!
Dia teringat kejadian sepuluh tahun lalu. Ketika sambutan hari jadinya yang ke-lapan. Bapanya, Tan Sri Hisyam membawa pulang empat orang remaja lelaki berumur lingkungan 13-17 tahun. Lebih mengejutkan lagi, mereka semua ialah abang tirinya yang berlainan ibu!
Dia yang baru kehilangan ibu tersayang tercengang habis apabila mengetahui dia memiliki empat orang abang dari berlainan negara! Yang sulung, Khairil Umar daripada Mesir. Kedua, Khairil Anuar daripada Kelantan (nasib baik ada yang Malaysia!). Ketiga, Khairil Izumi daripada Jepun. Terakhir ialah Khairil Adam daripada Australia. Dia, Khairina Zara rasa betul-betul terkedu sebaik saja papanya menceritakan bahawa papanya ada berkahwin dengan emat orang wanita lain selain mamanya.
Tapi nasib baik mereka semua tidak ada masalah bertutur Bahasa Melayu cuma Anuar saja agak pekat dialek Kelantannya. Disebabkan itu juga, Zara memanggil empat orang abangnya dengan panggilan berbeza mengikut tempat kelahiran mereka.
SKRETTTTTTTTTT!!!!!!!!!!
Zara tergamam apabila dia menyedari dia sudah melanggar sebuah kereta yang sedang meletakkan kenderaan.
Share this novel