Zara bernyanyi riang ketika turun dan terus duduk di kerusi menikmati roti bakar disapu jem (hari ni tugas Adam menyediakan sarapan).
“Oniichan dengar ada orang tu tak nak pergi kolej hari ni.” Sengaja Izumi mengusik.
Usikannya itu dibalas dengan jelingan maut daripada Zara ala-ala Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam. Terus pucat muka Izumi.
“Zara ada kelas empat kali seminggu. Kalau macam tu gilir-gilir. Mula dari Akhi, lepas tu diikuti Iz, Nuar, dan Adam.” Umar memberitahu tugas masing-masing kepada tiga lagi adiknya. Zara pula sekadar mendiamkan diri dan beranggapan kata-kata itu langsung tiada kaitan dengan dirinya.
Sepanjang perjalanan Zara hanya mendiamkan diri. Abang di sebelah seolah-olah tidak wujud. Baginya, kereta BMW itu bergerak dengan sendirinya tanpa pemandu. Gila betul!
Sebaik saja sampai, tanpa ucapan terima kasih Zara terus melangkah keluar.
“Ingat, Akhi ambil pukul lima.” Umar sempat berpesan sebelum pintu ditutup. Zara cuma membalas dengan bunyi dengusan. Zara sengaja tidak memberitahu abang-abangnya yang kelasnya habis awal hari ni. Malas nak menghadap abang-abang yang terlalu control hidup dia. Rimas!
Sebaik saja habis kelas, Zara menelefon Shahir untuk mengambilnya. Mereka makan di sebuah restoran berdekatan kolej mereka. Zara juga menawar diri untuk membayar makanan mereka sebagai tanda maaf atas kejadian tempoh hari walaupun Shahir melarang keras.
Habis saja makan, Zara meminta Shahir menghantarnya kembali ke kolej.
“Boleh saya tanya sikit?” Shahir bertanya ketika dia menemani Zara menunggu dijemput pulang.
“Tanyalah.”
“Kenapa saya tak boleh hantar awak balik?”
“Nanti bodyguard saya marah kalau lelaki lain hantar saya balik selain dia.” Zara sengaja tidak menggunakan perkataan ‘abang” sebaliknya bodyguard. Marah lagilah tu!
“Bodyguard?”
Zara mengangguk tapi belum sempat Shahir bertanya lebih lanjut sebuah kereta BMW muncul di hadapan mereka. Seorang lelaki iras pelakon Hindustan keluar. Zara pula cepat-cepat masuk ke dalam kereta tersebut dan melambai Shahir. Lelaki yang menjemput Zara pula memandang Shahir dengan pandangan kurang senang.
Selepas kereta BMW tersebut meluncur pergi, Shahir masih terkebil-kebil sendiri. ‘Itu bodyguard dia ke? Tapi dari segi penampilan lebih kepada seseorang bekerja di syarikat. Kereta pun boleh tahan. Muka pun dah boleh challenge muka aku. Entah-entah itu boyfriend Zara.” Shahir masih berfikir sendiri. Hatinya sedikit hampa. Punah harapan nak tackle gadis idaman.
Share this novel