BAB 3

Romance Completed 7172

Tepat jam enam setengah petang, keempat-empat abangnya sudah tercongok di hadapan pagar rumah. Zara pula keluar daripada kereta dengan wajah yang terkebil-kebil.

“Ada apa ni? Kenapa semua duduk dekat luar? Sofa rumah kita dah patah ke? Atau kita nak pindah rumah?”

Umar melihat jam tangannya, “Pukul enam setengah tepat. Kalau boleh lepas ni awal lagi sikit. Enti dah sembahyang asar belum?”

Zara mengangguk.

Umar masuk ke dalam rumah. Zara memandang ke arah tiga lagi abangnya. “Apa hal ni?”

Adam yang sedang mencangkung bangun, “Your first day, right? Mestilah dia nak pastikan Zara ikut peraturan.”

“Korang semua tak percayakan Zara ke?” Zara mendengus marah.

“Zara-chan, kami semua akan betul-betul lepaskan Zara-chan lepas Zara-chan berumur 23 tahun ataupun tamat belajar ataupun Zara-chan mula bekerja dekat syarikat ataupun lepas Zara-chan kahwin.” Izumi pula menjelaskan.

“Tak boleh banyak lagi ‘ataupun” ke?” Zara membalas garang.

“Zara, mu dengar jelah cakap abe-abe mu ni! Mu tu tanggungjawab kitaore(kitaorang), tahu dak?” Anuar pula menjawab.

Zara memuncung dan berlalu masuk ke dalam rumah.

“Eh, eh! Kereta mu ni? Nak campak lombong ko?”

Zara patah balik, “Tanggungjawab abe-abe semua, kan? Parking kan kereta Zara. Yalah, mana tau nanti Zara langgar rumah ni sampai runtuh pula!” Dia mencampakkan kunci keretanya kepada Anuar. Panas betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience