BAB 15

Romance Completed 7172

Tibalah pada hari yang dinanti-nantikan. Shahir berasa berat sekali kakinya untuk melangkah masuk. Akhirnya selepas ditolak sedaya-upaya oleh Zarul, barulah kakinya boleh bergerak secara normal.

Ada dua orang lelaki berbadan sekali ganda daripada Shahir dan berkaca mata hitam yang dipercayai bodyguard mengawal di hadapan pintu masuk dewan.

“Kad?” salah seorang lelaki itu menghalang laluan Shahir dan Zarul.

“Kad?” Shahir terpinga-pinga.

“Kalau nak masuk mesti ada kad jemputan yang diberikan oleh Cik Zara. Kalau tak, dilarang sama sekali!” tegas sekali lelaki itu melarang.

“Saya lupa nak bawa tapi saya kawan Zara.” Shahir membela diri. Dia terlupa tentang kad walaupun rasanya Zara ada memberitahu. Itulah. Masa tu tengah ternganga sakan!

Baru saja lelaki berbadan sasa itu mahu menjawab, seorang lelaki Arab muncul, “Tak apa. Saya kenal mereka. Bagi mereka masuk.”

Lelaki itu beralih memberi laluan kepada Shahir dan Zarul. Shahir memandang lelaki itu. Ini salah seorang lelaki yang selalu menjemput Zara, “Terima kasih.”

“Duduklah dulu.” Umar mempersilakan Shahir dan Zarul duduk di sebuah meja bulat yang kosong manakala matanya meliar mencari seseorang tapi akhirnya matanya menjumpai sasaran. “Zara!”

“Itu salah seorang pakwe Zara kalau kau nak tahu.” Shahir berbisik ketika Umar sibuk memanggil Zara.

Tidak lama kemudian Zara datang dengan tiga lagi lelaki. Paling mengejutkan Shahir, mereka semua seperti mengenali antara satu sama lain.

“Eh, Shahir! Datang pun awak. Hai Zarul,” Zara ramah menegur.

Muka Shahir berubah kelat, “Hai. Kami terlupa bawa kad tapi nasib baik ‘salah seorang manusia yang paling awak sayang dalam dunia ni” yang tolong kami,” Shahir cuba menyindir.

“Akhi yang tolong diorang? Syukran Akhi!” Zara tersenyum kepada Umar dan itu membuatkan Shahir betul-betul meluat!

“Zara, introduce to us about this guy.” Adam menyampuk.

“Lupa pula. Oniichan, Abe, Bro, ini Shahir dan ini Zarul. Shahir, Zarul, ini abang-abang saya.” Zara ramah memperkenalkan abang-abangnya.

Zarul yang tidak terlalu mengenali Zara berjaya menahan diri daripada ternganga tetapi Shahir sebaliknya, “Abang-abang? Tapi awak kata…”

Zara cuma tersenyum. Dia duduk di salah satu kerusi, begitu juga abang-abangnya. Umar memilih untuk duduk di sebelah Shahir sehingga membuatkan Shahir sedikit gerun.

“Lebih tepat abang-abang tiri saya.” Zara meneruskan kata-kata. Shahir terbeliak mendengar.

“Mereka diamanahkan untuk menjaga saya selepas ibu saya meninggal dunia sepuluh tahun yang lalu. Ketika hari lahir saya yang ke-lapan, papa bawa balik empat orang lelaki dan memberitahu saya mereka ialah abang-abang tiri saya. Cuba awak bayangkan ketika sambutan hari lahir awak, awak dapat hadiah empat orang abang sekaligus yang awak sendiri tak pernah tahu! Saya rasa kalau orang sakit jantung dah boleh arwah!”

Keempat-empat orang abang Zara tersenyum geli hati, “Kami pun terkejut. Tiba-tiba papa datang ke setiap negara yang kami tinggal dan bawa kami ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan adik perempuan kami. Bayangkanlah. Tiba-tiba dapat empat orang adik-beradik dalam satu hari!” Izumi menyampuk.

Shahir menelan air liur. Tak dapat dibayangkan…

“Papa saya kahwin dengan empat orang wanita lain selain ibu saya. Tapi takdir dah tentukan, kesemua isteri papa sudah meninggal dunia. Setahun selepas kami berjumpa, papa pun pergi menyahut seruan ilahi. Semenjak itu, abang-abang sayalah yang menjaga saya. Saya minta maaf sebab tak ceritakan perkara sebenar. Masa tu rasa itu waktu yang tepat awak mengetahui kisah hidup saya.” Zara mengakhiri ceritanya dengan senyuman.

Shahir turut tersenyum, “Tak apa. Memang terkejut bila dengar cerita awak.”

“Tak ada siapa yang tak terkejut bila dengar cerita ‘hebat” kami.” Adam menyampuk sambil tersengih.

“Eh, Mak Long datanglah!” Zara tiba-tiba teruja dan bingkas bangun mendapatkan seorang wanita lingkungan umur 40-an.

Sebaik saja Zara menghilang, Anuar bangun dan menepuk bahu Shahir, “Mu ni nak try Zara ko(ke)?”

“Err…” Shahir dapat rasakan ada peluh dingin di belakangnya.

“You need to get ready, dude!” Adam pula berbisik.

Shahir menelan air liurnya. Kelat.

“Janganlah takutkan dia.” Izumi menolak Adam dan Anuar yang tersengih sumbing. “Tapi betul kata Adam. Hati-hati sebab…”

“Sebab apa?” Shahir memberanikan diri bertanya.

“Sebab Zara tu kuat merajuk dan kami tak akan lepaskan anta kalau anta buat Zara sedih. Jadi, jaga dia elok-elok.” Buat pertama kalinya, Shahir melihat Umar tersenyum ke arahnya. Mereka semua menyertai Zara melayan tetamu lain dan meninggalkan Shahir dan Zarul.

“Nampaknya abang-abang dia dah bagi peluang.” Zarul menyiku Shahir.

Shahir sekadar tersenyum. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa ringannya kepala dan dadanya sebaik saja Zara menceritakan semua perkara yang sering bersarang dalam otaknya.

“Aku tak akan sia-siakan peluang tu. AKu akan mencintaimu sehingga jalan infiniti itu ke penghujungnya which is kau takkan temukan endingnya kerana infiniti itu tidak punya pengakhiran” ujarnya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience