“Sabtu depan birthday Zara-chan, kan?” Izumi bertanya.
Zara yang sedang enak menikmati sarapan terhenti, “Ingat pun! Dah plan nak bagi hadiah apa?”
“Mungkin sebatang pensel Exam Grade. Emm… dua batanglah!” Izumi memandang Zara yang mengembangkan hidung dan meredupkan matanya. “Tak payah buat muka macam tu kot!”
“Jadi macam biasalah. Buat dekat Hotel Sri Alam. Ajak rakan perniagaan syarikat kita dan saudara-mara terdekat.” Umar tenang menjawab.
“Akhi! Apa kata tahun ni tak payah kita jemput rakan perniagaan syarikat. Jemput mana yang rapat aja. Ini birthday party Zara bukan annual dinner!” Zara membantah. Sepanjang hidupnya, tetamu yang hadir pada majlis hari lahirnya selalunya orang yang berpangkat besar. Dia langsung tidak merasa keseronokan majlis hari lahirnya sendiri. Dia cuma dibenarkan menjemput beberapa orang rakan saja.
Umar dan lain-lain terdiam. Zara pula pantas mengambil keputusan itu untuk memulakan hujah yang sudah sekian lama terpendam dalam hati.
“Tolonglah bagi kebebasan untuk Zara pilih cara hidup Zara. Abang-abang semua dah banyak sangat jaga Zara dan Zara hargai sangat-sangat. Tapi boleh tak untuk hari lahir ke-18 Zara, Zara nak uruskan sendiri. Zara dah cukup besar untuk uruskan perkara macam ni. Moreover, Zara nak majlis Zara dipenuhi kawan-kawan rapat Zara. Bukannya Dato” – Datin, Tan Sri – Puan Sri yang Zara sendiri tak pernah kenal.” Zara puas menjelaskan apa yang terbuku.
Semua mendiamkan diri. Izumi, Anuar dan Adam membiarkan Umar membuat keputusan (biasalah yang paling tua!). Umar menghirup minumannya kemudian merenung Zara yang sedang membalas renungannya sambil meminta jawapan.
“Okay.”
Zara sudah tersenyum melebar dan memeluk Umar, “Syukran(terima kasih) ya Akhi!” Umar sekadar tersenyum.
“Tapi Akhi nak enti ajak lelaki yang Akhi nampak hari tu.”
“Lelaki? Siapa?” Zara kembali ke tempat duduknya.
“Eh, eh! Zara-chan dah ada teman lelaki ke?” Izumi pantas mencelah.
“Ada ore nak langkah bendul ni. Langkah sekali empak(empat)!” Anuar pula menyampuk.
“You never tell us that you have a boyfriend.” Adam mencuit hidung Zara.
“No. Seriously! Lelaki mana?” Zara masih bingung.
“Lelaki yang ada dengan enti masa Akhi ambil Zara hari tu.” Umar menjelaskan.
“Oooo… Yang tu! Hmm… tengoklah!” Zara tersipu malu. Abang-abang dah bagi lampu hijau! Oh, yeah!
“Akhi! Zara nak cadangkan satu benda untuk majlis tu nanti boleh?”
“Ma za(apa dia)?” Umar menghirup lagi kopinya.
“Zara nak ajak Justin Bieber buat persembahan masa birthday party tu, boleh?” Zara menyoal. Reaksi Umar – air kopinya tersembur mengenai tepat muka Adam yang duduk berhadapan dengannya. Adam berwajah mat saleh sudah berubah negro!
Share this novel