BAB 5

Romance Completed 7172

Habis terpelanting segala khazanah di atas katilnya. Itu belum kira sampai tercabut cadar dan sarung bantal dibuatnya! Marah punya pasal dengan abang-abangnya.

“SEMUA JAHAT! ZARA TAK NAK PERGI KOLEJ! ZARA BENCI KORANG!!” Zara memekik. Penghuni di tingkat bawah pula sekadar boleh menutup telinga mereka atau menyumbat telinga dengan earphone dan alatan sewaktu dengannya. Faham sangat perangai Zara yang kalau mengamuk macam budak kecik! Siap ugut tak nak pergi kolej pula tu!

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon bimbitnya berdering. Angin marahnya tiba-tiba hilang. Kelam-kabut dia cari semula telefon bimbitnya yang dipercayai turut dibaling sekali dengan selimutnya. Selepas ditemui di bawah anak patung beruang sebesar saiz budak berumur 7 tahun, pantas Zara menekan butang hijau.

“Hello?”

“Hello? Ini Zara ke?”

“Ya. Ini siapa?”

“Zara, saya Shahirlah!”

“Oh, awak! Ada apa telefon ni?” mood Zara berubah gembira. Senior kacak telefon, mestilah suka yaww!

“Saya nak ajak awak keluar makan sekarang. Nak tak?”

Zara memandang jam di dinding. Jam 8.45 malam. Mustahil dia dibenarkan keluar pada waktu malam untuk keluar dengan lelaki, “Sorry, Shahir! Saya tak boleh keluar malam.”

“Oh, ya ke? Family tak bagi ke?” suara Shahir hampa.

Zara serba-salah pula menghampakan Shahir, “Ha”ah. Tapi esok kalau lunch saya okay. Kelas saya esok habis awal. Awak ada kelas?”

“Tak ada. Kalau macam tu saya ambil awak dekat kolej.” Suara Shahir berubah ceria.

“Okay. Tapi lepas tu awak kena hantar saya balik kolej balik sebab ada yang jemput saya.”

“Okaylah, kalau macam tu!”

Zara senang sekali berbual dengan Shahir. Hilang semua kemarahannya terhadap abang-abangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience