Kali ini Shahir bersembunyi di belakang tiang untuk melihat lelaki Arab yang juga sudah termeterai sebagai musuhnya. Dia tidak mahu Zara tahu dia sedang mengintip. Shahir mahu perhati apa yang membuatkan Zara tertawan dengan lelaki tu.
Tetapi yang anehnya bukan kereta BMW sebaliknya Mercedes Benz! Pemandunya pula bukan lelaki Arab sebaliknya seorang pemuda berwajah ala-ala pelakon Korea(walaupun sebenarnya Jepun)! Shahir perlahan-lahan keluar daripada tiang dan menyorok di belakang sebuah kereta yang paling hampir dengan Zara.
Zara pula kelihatan lebih mesra dengan lelaki ini. Dia mencium tangan lelaki itu dan membuatkan mata Shahir mahu tersembul keluar – ialah Zara memeluk lelaki itu!
“Zara-chan! Oniichan minta maaf ya sebab Oniichan yang buat Akhi perasan plat kereta Zara-chan patah. Maaf ya?”
Shahir kurang mengerti tetapi dia dapat tahu lelaki itu membahasakan diri sebagai ‘Oniichan” dan menambah perkataan ‘chan” di belakang nama Zara. Walaupun tidak tahu apa maknanya tetapi Shahir tahu itu pasti panggilan manja antra mereka berdua!
“Tak apa. Zara dah maafkan Oniichan. Aishiteru(saya sayang awak)!” Zara memeluk Izumi.
‘Aishiteru”? Itu maknanya ‘saya cinta awak” dalam Bahasa Jepun. (tau pula dia makna ‘aishiteru”!) Nampaknya Zara bukan setakat sukakan mamat Arab tu tapi mamat Jepun ni juga!
Share this novel