“Siapa lelaki tadi tu?” Umar bertanya sebaik saja kereta mula bergerak.
“Timbalan Perdana Menteri yang baru. Tak tahu ke?” sengaja Zara memerli.
“Cakaplah betul-betul.”
“Kalau Zara kata itu boyfriend Zara?”
“HAH?!” secara tidak sengaja Umar tertekan brek kereta secara mengejut. Nasib baik Zara sempat memakai tali keledar kalau tak silap-silap dah tercampak keluar!
“Akhi ni kenapa?! Gila ke?! Kalau Zara tak pakai seatbelts ni Zara dah arwah tahu tak?!”
“Siapa suruh buat lawak antarabangsa masa Akhi tengah pandu kereta?” Umar membalas.
“Siapa buat lawak? Akhi yang tanya dulu. Zara jawab ajalah!”
“Jadi betullah dia boyfriend enti?”
“Mana ada. Kawan ajalah!”
Umar menarik nafas lega.
“Kalau dia boyfriend Zara sekalipun, Akhi boleh buat apa?”
“Akhi akan paksa enti kerja dekat syarikat. Tak payah belajar.”
“Hah, baguslah! Cepat sikit Zara dapat kebebasan. Lepas tu bolehlah Zara lingkupkan syarikat keluarga kita, kan?”
Umar tidak dapat membalas. Zara pula tersenyum kemenangan melihat abangnya hilang kata-kata.
Share this novel