Shahir seperti sudah hilang harapan. Dia tidak dapat menumpukan perhatian di kelas. Asyik terbayangkan Zara. Tak sangka gadis manis itu seorang playgirl! Hari ni aku nak ‘skodeng” lagi! Nak tengok mamat dari negara mana pula yang ambil dia!
Sekali lagi Shahir mengintip di belakang tiang ketika Zara sedang menunggu seseorang menjemputnya. Kali ini kereta Malaysia. Proton Persona.
“Abe, kenapa lewat ambik Zara?”
Abe? Amboi…. Lentoknya cara dia panggil!
“Abe minta maaplah. Jalan jam.” Seorang lelaki Kelantan mendekati Zara dan membuatkan Shahir seperti mahu menggigit hingga runtuh tiang yang menjadi tempat persembunyiannya ialah lelaki itu mencium dahi Zara manakala Zara pula dengan mesranya merangkul pinggang lelaki itu! Mereka masuk ke dalam kereta dan terus meluncur pergi meninggalkan seseorang berduka dengan hati yang lara!
Keesokan harinya Shahir melakukan perkara serupa. Hari Khamis merupakan hari terakhir Zara ada kelas dalam seminggu. Shahir mahu lihat siapakah di antara tiga lelaki itu akan menjemputnya pula hari ini. Tetapi Shahir ternganga apa apabila seorang lelaki mat saleh pula menjemput Zara dengan Polo Volkswagen bewarna merah!
“I miss you!” itulah kata-kata pertama Zara sebelum seperti biasa Zara memeluk lelaki yang menjemputnya.
“I miss you too, dear!” Lelaki itu membalas pelukan Zara.
Amboi… amboi…. ber ‘dear-dear” bagai! Aku belasah kau terus jadi ‘deer”!
Shahir sudah memeluk tiang tempatnya bersembunyi bagi menahan dirinya daripada menerkam lelaki yang sudah mula meletakkan tangannya di bahu Zara!
“Hari ni semua tak balik dinner sebab Dato” Razak buat makan-makan dekat rumah dia. So today,let me cook for dinner. Your favourite food. Chicken Chop!” lelaki itu mencuit hidung Zara.
Apa? Lelaki tu nak masakkan untuk Zara? Jadi lelaki tu tinggal sebumbung dengan Zara? Biar betul? Pelbagai perkara bermain-main di dalam otaknya.
“Really? I love you! Jom kita balik. Tak sabar nak makan.” Zara memeluk lelaki itu.
Shahir sekadar melihat kereta Polo Volkswagen itu meluncur laju meninggalkan kawasan kolej. Zara yang nampak baik ni entah-entah….
Share this novel