BAB 8

Romance Completed 7172

“Muka kau macam cekodok dah expired seminggu ni apa hal?” Zarul, teman sebilik Shahir menegur sebaik saja melihat rakannya itu pulang dengan muka yang masam mencuka.

Shahir duduk di atas katilnya, “Kau ingat tak budak junior yang aku cerita dekat kau semalam?”

“Ahah? Kenapa?”

“Aku rasa dia dah ada orang yang punyalah.”

“Mana kau tau ni?”

“Tadi ada mamat Arab ni ambil dia. Dia cakap itu bodyguard dia. Tapi aku rasa itu boyfriend dia.”

“Mana tau itu betul-betul bodyguard dia?”

“Kenapa semalam dia tak bawa bodyguard dia? Lelaki tu tadi ambil dia pakai BMW. Semalam masa dia langgar kereta aku, dia pakai Myvi aja.”

“Mana tau itu abang dia ke?”

“Rul, muka diorang langsung tak sama! Muka Zara melayu tulen. Mamat tu pula Arab! Handsome pula tu.” Shahir sudah membuat muka sedih. Kecewa! Oh! (Bagai…)

“Cuba kau tanya dia betul-betul esok siapa lelaki tu.” Zarul memberi cadangan.

“Tengoklah esok.” Shahir sudah menarik selimut menutupi seluruh badannya.

“Lagi satu. Kau tu belum sembahyang asar. Jangan tergedik-gedik nak tidur pula!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience