Sejak Hadfina tahu suaminya tak buta, dia lebih banyak diam. Kalau dulu, memang bersemangat dia bercerita pasal kuliahnya. Walaupun Isyraq macam tak kisah, dia tetap akan bercerita. Habis semua dia luahkan. Sampaikan si Isyraq tu pakai headphone. Malas mendengar isterinya berceloteh. Balik-balik, hal yang sama. Tapi, comellah Hadfina begitu.
“Dua tiga hari ni, Fina senyap aje. Bergaduh dengan Isy ke?” soal Puan Norlia. Dia sendiri pelik. Selalunya Hadfina ceria saja.
“Tak adalah, ma. Fina cuma stress pasal assignment yang melambak tu. Mama janganlah risau. Anak mama ni behave aje,” Hadfina menjeling Isyraq yang sedang enak menyuap nasi ke mulut. Mereka duduk berhadapan. Tak kuasa Hadfina nak duduk sebelah Isyraq.
“Ke pasal mata Isy?”
“Mama dah tahu ke?”
“Anak bertuah ni dah cerita kat mama semalam. Bengkak jugaklah mata mama ni…”
Isyraq hanya diam. Dia tahu dia dah buat salah. Tak mahulah ditambah pula api ke bara lagi. Erk? Entahlah betul ke tidak perumpamaan tu. Dia yang cari masalah.
“Ma, bulan depan Fina kena stay kat rumah umi tau. Fina nak study untuk final exam. Subject yang Fina ambil tu kena banyak discuss dengan ayah. Fina ada tertinggal dua topic sebab tak masuk kelas hari tu,” maklum Hadfina.
Isyraq mengerling isterinya. Sepatutnya gadis itu perlu minta izin dengannya. Bukannya dengan mama. Tahulah berangin dengan dia pun. Tapi, jangan sampai membelakangkan suami.
“Emmm…”
“Mama, Isy pergi kerja dulu. Isy balik lambat sikit hari ni,” Tanpa sempat Puan Norlia membalas, Isyraq terlebih dahulu memotong bicara mamanya.
Dah kenapa dengan suami isteri ni? Dingin semacam. Isyraq terus berlalu keluar tanpa memandang Hadfina langsung. Apalagi, sentaplah si isteri muda tu. Dia bukannya tak nak minta izin dengan Isyraq. Cuma, dia mahu ibu mertuanya tahu dulu. Nanti, tak adalah Puan Norlia terasa.
“Fina, Fina marahkan Isy ke?”
“Marah tu memanglah marah, ma. Tapi, dah okey pun. Fina cuma nak maklumkan pada mama aje. Takut mama terasa hati sebab Fina balik rumah sana lama,” adu Hadfina. Puan Norlia mengusap lembut kepala Hadfina yang bertudung kemas itu.
“Isy memang macam tu, Fina. Kalau Fina nak tahu, suami Fina tu manja tau. Sikit-sikit merajuk. Pandai-pandailah Fina pujuk dia. Tapi, tunggulah Isy cool down,” Hadfina senyum nipis. Tips diterima dengan tangan terbuka.
*****
“Abang!” sergah Hadfina ketika suaminya itu sedang ralit dengan Blackberrynya di pangkin di halaman rumah.
No responses! Hadfina bersila di hadapan Isyraq. Betul-betul mengadap tubuh itu. Dia membuat muka comel dengan harapan si suami akan lembut hati. Bukan niat dia ingin membelakangkan lelaki itu. Cuma, dia tak tahu pula Isyraq akan merajuk. Hal kecil saja pun.
“Abang…”
Isyraq buat tak tahu. Dibeleknya handphone itu. Membiarkan saja si isteri terus memujuk. Buat pertama kalinya, sejak berkahwin tiga bulan yang lepas… dia merajuk dengan Hadfina. Merajuk mengalahkan budak-budak.
“Tak nak cakap dengan Fina eh. Okey, Fina sedarlah Fina ni siapa. Pengganti Nur Dhuha abang tu aje. Lagipun, Fina kan tak matang macam bekas tunang abang tu. I realize it. But, please. Forgive me,” Hadfina menarik tangan kiri Isyraq selamba.
“Abang… Muhammad Isyraq…”
Hadfina tergamam. Bibirnya terkunci. Selamba sahaja bibir Isyraq itu mengunci bibirnya. Jantungnya berdebar laju. Gaya seorang pelari pecut. Terus lemah segala sendinya.
“Annoyinglah. Tak boleh ke pujuk abang dengan cara yang romantik sikit. Ni tak. Membebel aje,” kata Isyraq perlahan di tepi telinga Hadfina.
“Fina… Fina…”
“Fina apa?”
“Sorry,” ucap Hadfina sepatah. Hanya perkataan itu sahaja yang dia inginkan ucapkan sejak kejadian Isyraq merajuk dengannya.
“Maaf diterima tapi bersyarat…”
Hadfina membulatkan mata. Tanda tidak memahami maksud kenyitan mata Isyraq. Tanpa menunggu lama, Isyraq pantas mencempung tubuh kecil isterinya. Dicempungnya sehingga ke bilik. Diletakkan gadis itu di atas tilam. Hadfina terkebil-kebil. Apakah? Di dalam hatinya sudah bergurindam.
“Allow me,” Isyraq berkata penuh romantik. Hadfina tersenyum tanda dia mengizinkan Isyraq mengambil haknya sebagai suami di tubuhnya. Laju sahaja bibir Isyraq mendarat kembali bertaut di bibir isterinya.
Share this novel