BAB 16

Romance Completed 13124

Isyraq terjaga. Matanya yang berat, digagahkan juga dicelikkan. Bilik? Bila masa pula dia masuk bilik? Tadi, rasanya dia baring di ruang tamu. Isyraq terpandang susuk tubuh isterinya sedang berdoa di tikar sejadah. Takkan Hadfina yang angkat dia masuk bilik? Mustahil! Isterinya manalah larat angkat dia yang berbadan sasa itu.

“Abang dah bangun?”

Hadfina menghampiri suaminya dan duduk di birai katil. Tangannya laju ditekapkan ke dahi Isyraq. Apalagi, semakin peliklah si Isyraq dengan kelakuan isterinya itu.

“Kenapa ni? Fina ke yang bawak abang masuk bilik?”

“Taklah. Abang Ariq yang papah abang masuk bilik. Tadi abang pengsan kat bawah,” jawab Hadfina perlahan. Isyraq terkaku. Pengsan?

“Abang pengsan? Kenapa?”

“Doktor cakap badan abang lemah. Seharian tak makan. Tekanan darah abang pulak rendah,” beritahu Hadfina. Kerisauannya disembunyikan. Tak mahu Isyraq perasan.

Isyraq melihat tubuhnya yang sudah berganti pakaian. Pasti isterinya yang menukarkan pakaiannya. Tak pun, si Tariq yang tukarkan.

“Tariq dah balik ke?”

“Tak. Mama suruh abang Tariq tidur sini. Takut ada apa-apa jadi kat abang. Abang rehat dulu. Fina ambilkan bubur untuk abang. Lepas tu, kena makan ubat,” Hadfina bingkas bangun. Dia menanggalkan telekungnya.

“Fina,” panggil Isyraq perlahan.

“Ya. Abang nak apa-apa ke?”

“Are you okay?” Hadfina mengerutkan dahinya. Sepatutnya dia yang risaukan keadaan suaminya, bukan dia yang dirisaukan Isyraq.

“Fina okey. Abang yang tak okey. Fina turun dulu…”

Isyraq dapat rasakan Hadfina macam tak okey. Wajah itu tampak suram. Mungkin isterinya terlalu risaukan dirinya. Salah dia juga kerana tak makan tengah hari tadi. Nasib baik sempat ambil sarapan walaupun sedikit. Kalau tak, lagi teruklah jadinya.

*****

Keadaan Isyraq masih tidak pulih. Sudah tiga hari dia begitu. Kerap kali muntah. Badannya yang sasa itu juga semakin susut. Makan kurang, ditambah pula dengan memuntahkan kembali semua makanan yang dimakan. Memang susutlah. Hadfina bersyukur kerana suaminya sudah berhenti mengambil minuman bercaffien.

Sekarang ni, asyik nak hot chocolate saja. Paling tidak pun, milo susu panas. Nasib baiklah si Hadfina tu tak bekerja lagi. Boleh juga dia meluangkan masa untuk menjaga Isyraq. Hampir setiap hari dia menitiskan air mata tanpa pengetahuan suaminya. Hati isteri mana yang tak risaukan suaminya. Kesihatan Isyraq bukan semakin pulih, semakin teruk lagi adalah.

“Abang buat apa kat luar malam-malam ni? Nanti teruk lagi sakit abang tu,” Hadfina menyapa suaminya di kerusi rotan. Puas dia mencari suaminya, alih-alih kat sini rupanya.

“Saja. Ambil angin malam. Bosanlah asyik terperap dalam rumah. Mama mana?”

“Mama ada kat atas. Dah tidur kot,” balas Hadfina sambil melabuhkan punggung di sebelah suaminya.

“Biarlah mama rehat. Mesti penat jaga abang seharian,” kata Isyraq sambil senyum.

Hadfina diam. Dua tiga hari ni, dia langsung tak dapat lelapkan mata. Sebaik sahaja Isyraq tidur, dia akan bangun bersolat sunat. Hatinya tidak tenang selagi suaminya masih belum pulih sepenuhnya. Dia takut Isyraq akan meninggalkannya. Bukan main takut lagi ketika Isyraq pengsan tempoh hari.

Pada mulanya, dia ingin mengejutkan Isyraq kerana suaminya sudah tertidur lebih dari lima minit. Lama jugak dikejutnya Isyraq, tapi masih belum bangun. Di kepalanya sudah fikir bukan-bukan. Sudahnya, dia menjerit memanggil Puan Norlia. Isyraq masih tidak sedar apabila Puan Norlia mengejutkannya. Puan Norlia pantas menghubungi Tariq dan lelaki itu membawa doktor bersama. Lega hati semuanya apabila doktor memberitahu Isyraq hanya pengsan.

“Sayang, kenapa diam ni? Abang kat sebelah pun dok mengelamun lagi,” Tersentak Hadfina dibuatnya.

“Abang janji dengan Fina. Jangan buat macam ni lagi tau. Kalau abang pengsan lagi lepas ni, Fina tak nak kawan dengan abang dah,” Isyraq senyum. Dipeluknya Hadfina erat.

“Hesy, abang manalah tahu apa akan jadi ke depan. Fina janganlah fikir yang bukan-bukan. Abang pengsan pun sebab tak makan aje kan…”

“Memanglah. Tapi, dah tiga hari abang tak sihat. Badan abang pun tak tough lagi dah,” cebik Hadfina.

“Sayang janganlah risau, InsyaAllah abang masih bertenanga. Kalau sayang risau, mama lagi risau. Kalau boleh abang taknak sayang dengan mama risau, nanti orang lain pula yang sakit.’’ balas Isyraq sambil mengelus lembut rambut isterinya.

“Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.” (Surah Yusuf Ayat 4)

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience