“Ariq, singgahlah dulu. Kita makan malam sekali,” jemput Puan Norlia ramah.
“Tak bolehlah, auntie. Ariq masih ada kerja lepas ni. Lain kalilah eh. Ariq janji nanti Ariq singgah,” Puan Norlia senyum manis. Dia sudah menganggap sahabat karib anak lelakinya itu seperti anaknya sendiri.
“Yalah. Lain kali datang singgah lama sikit,” Tariq menarik senyum. Dia berlalu ke pintu. Puan Norlia menghantar Tariq ke pintu.
Hadfina menghampiri Isyraq di sofa. Dia menghulurkan mug berisi espresso sejuk kepada suaminya itu. Disuanya air panas kang, mahu kena sembur. Tapi, setakat ni Hadfina belum pernah lagi kena marah dengan Isyraq. Cuma, dia tak faham dengan sikap suaminya. Sekejap okey, sekejap dingin. Dia sendiri pun sudah confius.
*****
Throwback…
“Macam mana dengan keadaan anak saya, doctor?” tanya Puan Norlia yang kerisauan. Dhuha di sebelahnya pula cuba menenangkan dirinya yang sudah seperti cacing kepanasan.
“Alhamdulillah, puan. Kami berjaya selamatkan anak puan. Tapi…”
“Tapi apa, doctor?” Giliran Dhuha pula bertanya. Doktor lelaki muda itu menghela nafasnya. Pakaian rasmi ketika melakukan pembedahan masih di tubuh.
“Mata pesakit cedera teruk. Saya tak pasti sama ada dia akan buta atau tidak. Puan dan cik banyakkanlah berdoa,” Luluh hati Puan Norlia. Tubuhnya hampir terjelopok ke lantai. Namun, Dhuha sempat memapah bakal mertuanya itu. Dia mendudukkan Puan Norlia di kerusi.
“Maksud doctor, Isyraq akan buta?”
“Kita masih tak dapat pastikan lagi. Kena tunggu pesakit sedar dulu. Selepas itu, barulah kami akan memeriksa sekali lagi…”
“Macam mana dengan anggota badan yang lain?” Dhuha masih mahu mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi.
“Alhamdulillah, anggota badan yang lain cuma cedera biasa. Tiada serious injury selain dari mata,” Doktor muda itu tersenyum. Dhuha senyum nipis.
“Terima kasih, doctor,” ucap Dhuha perlahan. Doctor itu hanya mengangguk. Dia terus berlalu dari situ.
Dhuha menghenyakkan punggungnya di sebelah Puan Norlia yang sudah lencun dengan air mata itu. Diusapnya bahu wanita separuh umur itu untuk menyalurkan sedikit kekuatan.
“Sabar, umi. Insya Allah, Isyraq tak akan apa-apa,” Dhuha berkata lembut.
“Umi bukannya apa, Dhuha. Kenapa mesti mata dia yang cedera teruk? Dhuha tahukan pancaindera yang satu itu amat dijaganya. Macam mana dengan kerjaya dia? Umi takut Isy tak dapat terima,” Sendu Puan Norlia sudah berkurang sedikit.
Dhuha tidak dapat berkata apa-apa apabila Puan Norlia sudah berbicara begitu. Isyraq memang mementingkan keadaan matanya. Lelaki itu seringkali berpesan agar kita menghargai mata kita. Dia terlalu sayangkan matanya sehinggakan sanggup menjadi doktor pakar mata.
‘Doktor mata mestilah kena jaga mata dia dulu. Barulah pesakit yakin nak berubat dengan saya. Dhuha, awak mesti janji dengan saya. Awak kena selalu jaga mata awak tau. Tak kiralah dari sudut apa pun, Islam atau hanya fizikal.’
Menitis air mata Dhuha. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana jika lelaki itu benar-benar mengalami cacat penglihatan. Seorang optometrist mengalami sendiri kecacatan penglihatan yang sering menghantui pesakit-pesakitnya. Pasti Isyraq akan hilang semangat dan kecewa dengan diri sendiri.
Share this novel