BAB 3

Romance Completed 13124

Puan Indah memerhati anak perempuannya yang sedang bersarapan itu. Tak sampai dua minggu sahaja lagi, Hadfina akan bergelar isteri orang. Sudahlah masak pun tak reti, pakaian dia pun Puan Indah yang basuhkan. Puan Indah tergeleng tanpa sedar. Macam manalah anak perempuannya itu ingin mengendalikan rumah tangganya nanti?

“Umi, Fina pergi dulu eh. Takut lambat,” Hadfina menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Iyalah. Habis kelas, terus balik ya. Jangan melencong tempat lain pulak,” pesan Puan Indah.

“Alright, umi. Tapi, Fina nak singgah mall kejap tau. Nak beli something…”

“Okey. Tapi sekejap saja tau. Fina tu tengah darah manis. Tak elok sangat keluar lama-lama,” Hadfina tersengih. Lupa pula dia bakal berkahwin.

“Okey, umi. Assalamualaikum,” Hadfina pantas menyarungkan kasutnya.

Puan Indah menghantar Hadfina sehingga ke pintu. “Waalaikumsalam. Bawa kereta elok-elok,” Hadfina hanya mengangguk.

Dia terus menghidupkan Myvi putihnya. Hari ini kelasnya agak pack. Selepas kelas pula, dia perlu ke mall. Dia ingin membeli sesuatu sebagai persediaan ke alam rumah tangga. Ahaks! Apalah yang ingin dibelinya itu?

*****

Isyraq membetulkan cermin mata hitam di batang hidungnya. Lengannya kejap dipegang oleh sahabat baiknya, Tariq. Dia memang tidak suka menggunakan tongkat jika ke tempat awam. Dia masih malu untuk membiarkan dirinya digelar buta. Walaupun pada hakikatnya, dia memang buta.

“Isy, aku nak pergi toilet kejap. Kau duduk dulu kat sini. Jangan pergi mana-mana pulak. Aku dah masukkan duit dalam machine. Kau restlah dulu,” Isyraq hanya mengangguk. Selepas mendudukkan Isyraq di kerusi urut yang terdapat di mall itu, Tariq berlalu ke tandas berdekatan.

Isyraq hanya diam. Langsung tiada perasaan di wajah itu. Dah macam patung pun ada. Tak pun model kerusi urut itu. Sebelum ke tandas, sempat Tariq memasukkan not seringgit ke dalam mesin. Boleh juga lelaki itu merelakskan badannya. Tariq yang memandang Isyraq dari jauh melepaskan keluhan.

“Encik, dah habis ke gunakan kerusi ni?” soal seorang perempuan dalam lingkungan tiga puluhan. Isyraq langsung tidak menjawab.

“Hello, encik. Kerusi urut ni bukan encik yang punya. Boleh bangun tak kalau dah habis guna? Ayah saya pulak nak gunakan,” kata perempuan itu kasar. Dia geram apabila Isyraq langsung tidak memberi respons.

“Kenapa ni, kak?”

“Ni hah, encik ni. Akak suruh dia bangun kalau dah habis guna. Ayah akak pulak yang nak guna. Kerusi urut lain, ada yang tengah guna,” adu perempuan itu.

Hadfina memandang lelaki yang sedang enak bersandar di kerusi urut itu. Kereknya lelaki ni, desis Hadfina.

“Encik,” panggil Hadfina perlahan. Huh, tidur ke mamat ni? “Encik,” Kali ni Hadfina mencuit sedikit tangan lelaki itu dengan telefon bimbitnya. Lelaki itu tersedar.

“Saya ke?”

“Ya, enciklah. Ada seorang pak cik nak gunakan kerusi urut ni. Encik dah habis guna ke?” tanya Hadfina sopan.

“Ya… ya. Maaf. Saya tak perasan,” Hadfina mengerutkan dahi. Tak perasan? Dia nampak lelaki itu memandang ke hadapan.

Terkial-kial Isyraq bangun dari duduknya. Nasib baiklah tiada yang menganggu pergerakannya. Dia berdiri tegak. Pak cik yang ingin menggunakan alat urutan itu mengambil tempat Isyraq.

“Terima kasih, cik,” ucap perempuan tadi. Hadfina hanya mengangguk sambil tersenyum.

Hadfina pelik memikirkan lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu langsung tidak beriak. Nampak sombong sangat! Malas dia nak ambil tahu. Diteruskan langkah. Sesekali dia menoleh ke belakang. Lelaki itu langsung tidak bergerak. Umpama patung, tegak berdiri di sisi kerusi urut itu.

Langkah Hadfina terhenti. Kali ini, seluruh badannya memusing ke belakang. Dia terpempan. Tiba-tiba, matanya berair. Kenapakah? Lelaki yang memakai cermin mata hitam itu sudah meninggalkan kawasan rehat itu. Tetapi, ada seorang lelaki lain yang memimpinnya. Hadfina terkedu di tempatnya berdiri. Lelaki itu cacat penglihatankah? Subhanallah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience