Tawa Tariq kedengaran kuat. Hampir-hampir dia terjatuh kerusi dek terlalu bersemangat dia mentertawakan si Isyraq. Isyraq merengus. Sewel punya kawan. Ingatkan dapatlah kurangkan beban dihatinya kini. Hujan lebat kat luar, tapi dia kat sini… panas gila! Panas dengan Tariq.
“Woi, agak-agaklah nak gelak pun. Tak payahlah over sangat,” Isyraq sudah melenting. Macam nak lenyek buat sambal sahaja si Tariq tu.
“Aku bukan apa, bro. Cuma, kesian dekat kau aje. Itulah, aku dah cakap dulu. Jangan main tuduh-tuduh ni. Tak baik. Sekali, betul-betul terkena batang hidung sendiri. Kau fikirlah macam mana nak bagitahu mama dan Fina,” kata Tariq. Tawanya masih bersisa.
“Macam mana aku nak bagitahu? Nak kena hempuk dengan mama. Aku tak gila lagi, bro. Kalau Fina tu, aku okey lagi nak terus terang. Aku fikir mama yang selalu menangis sebab aku. Hancur hati dia, bro,” balas Isyraq. Matanya tajam memandang Blackberrynya.
“Just be frank, Isy. Tak pasal aje bulan depan mata kau kena bedah betul-betul. Even, doctor Ravi sanggup tolong kau menipu… that’s no good, friend. Jangan sampai rahsia kau tu nanti, dia orang tahu dari orang lain. Kau sanggup nak facing semua tu?”
Isyraq menggeleng. Tak sanggup dia nak tengok mama menangis lagi. Dek terhantuk di bucu meja secara tak sengaja ketika ingin mengambil handphonenya yang terjatuh, terpancar satu cahaya di ruang matanya. Dipejamkan mata sebentar. Apabila terbuka sahaja matanya itu, dia bagai ingin meloncat gembira. Dia dah boleh nampak walaupun masih kabur.
Esoknya, dia berjumpa dengan kawan yang juga seorang optometrist, Doktor Ravi. Doctor Ravi yang mengesahkan dia sudah kembali pulih. Doktor yang merawatnya ketika dia kemalangan juga sahkan kecacatan penglihatannya bukanlah kekal. Maknanya, peluang untuk pulih amat cerah. Cuma, dia tidak jujur dengan Puan Norlia kerana ketika itu hatinya tekad ingin mencari Hadfina, pemilik Chevrolet merah yang menyebabkan dia kemalangan.
Share this novel