BAB 11

Romance Completed 13124

Hadfina mengeluh entah ke berapa kali. Hot chocolate di atas meja belajar, sesekali disisipnya. Namun, itu belum mampu menghilangkan resah di hatinya. Ditangan kanannya sedang memutarkan pen biru. Manakala, matanya menatap buku diarinya. Jadual harian yang disusun mula menampakkan serabut.

Mana nak study untuk final exam. Jaga Isyraq lagi. Habis satu muka surat dia conteng. Namun, satu pun tak boleh mengemaskan jadual hariannya yang mulai sibuk bulan hadapan. Tiba-tiba, dia tersenyum. Idea mula menunjukkan rupa. Pantas diselak ke muka surat baru. Tangannya laju mencatat apa yang difikirkan.

“Ehem,” Kepala didongakkan. Terus terangkat keningnya. Isyraq sedang berdiri di tepi pintu bilik kerjanya yang kini turut menjadi bilik belajar Hadfina.

“Emm… abang ada nak apa-apa ke?”

“No. Can I ask you something?” Hadfina menggaru keningnya. Dahlah nak tanya. Lepas tu, boleh pula buat suara tegas, gumam Hadfina.

“Boleh. Tapi, nak tanya kat sini ke?” Hadfina berharap janganlah suaminya mengangguk. Dia sudahlah pantang jika berbincang sesuatu di dalam bilik belajar. No privation! Grrr.

“Kat bawah. Tolong buatkan coffee untuk saya sekali. Coffee biasa…”

Isyraq berpura-pura menggagau tiang tangga untuk ke tingkat bawah. Lakonan mesti kena mantap! Sebaik dia hilang dari pandangan Hadfina, dia pantas berjalan seperti biasa. Hadfina pula mengemas buku-bukunya.

*****

Isyraq menanti isterinya di kerusi rotan di ruang santai rumah banglo semi-d itu. Dikelipkan mata berkali-kali. Nanti Hadfina dah ada depan mata, dah tak boleh nak kelipkan mata kerap sangat. Dia senyum nipis. Apabila teringatkan si isteri yang selalu menatap wajahnya secara rahsia itu.

Bukan dia tak nampak, mata Hadfina yang sering menatap mata hazelnya apabila mereka berbual. Malu juga dibuatnya. Tapi, memandangkan dia ‘buta’… buat-buat tak tahulah.

“Your coffee. Tak tahulah rasa macam mana. Fina tak pernah bancuh coffee biasa,” Hadfina meletakkan mug berisi coffee di atas meja tengah. Dia duduk berhadapan dengan suaminya.

“Boleh saya tanya sekarang?”

“Sure…”

“Do you have another car other than that Myvi?” Soalan apa tu? Hadfina menggigit bibirnya.

“Err… ya. Kenapa abang tanya?” Isyraq diam seketika.

“Banyak jugak duit Fina ya. Boleh pakai sampai dua kereta dalam usia muda. Belajar lagi pulak tu,” balas Isyraq sambil senyum sinis. Hadfina sudah pelik. Dah kenapa dengan orang tua ni?

“Myvi tu hadiah dari ayah sebab Fina cemerlang spm…”

“The other car?”

“Hmmm, my favourite and sweet baby. Dah tak ada dengan Fina pun. Crashed,” Jatuh rahang Isyraq. Crashed? Tak ada?

“Sebab?” Hadfina mengeluh. Mengeluh lagi! Chevrolet merah kesayangannya. Dibeli menggunakan namanya sendiri. Dia jugalah yang membayar ansuran bulanan. Sejak dia membeli Chevrolet, Myvinya jarang digunakan.

“Entah malaun mana pergi curi kereta kesayangan Fina tu pun tak tahu. Fina ingat lagi time tu Fina ada study group dekat rumah sewa kawan Fina. Esoknya Fina nak balik, my car was gone. Abang boleh faham tak apa perasaan Fina masa tu. Macam nak tembak orang yang curi tu aje,” Penuh bersemangatnya gadis itu bercerita.

Isyraq terus terdiam. Jadi, bukan Hadfina yang menyebabkan dia kemalangan? Nafas… nafas! Disedut udara malam dan dilepaskan perlahan. Dia perlu bertenang. Dicapainya coffee di atas meja. Membulat mata Hadfina. Dia memandang Isyraq tak berkelip. Macam mana Inche Suami tahu mug ada kat situ?

“Kenapa abang nak tahu pasal kereta Fina? Ada apa-apa ke?” Isyraq yang sedang meneguk air, terbatuk.

“No. Just wanna know. Saya ingat nak belikan awak kereta baru,” Gila punya alasan. Kereta baru? Buatnya Hadfina tuntut macam mana?

“Hah? Serius?”

Dan sekali lagi Hadfina terpana. Dengan selambanya Isyraq meletakkan kembali mug di atas meja. Tanpa sedar, dia mengetap bibir. Dia tidak mahu memikirkan perkara yang tak elok. Mungkin Isyraq sudah biasa. Kan dah lama lelaki itu hilang penglihatan.

“Taklah. Dah jumpa ke kereta yang hilang tu? What do you mean by… crashed?”

“Seminggu lepas tu, polis call ayah bagitahu kereta tu accident. Dia orang jugak dapat tangkap pencuri tu. Lega rasanya hati Fina. Tapi, my car dah kena crushed sebab teruk sangat,” Isyraq menggaru belakang kepalanya yang tak gatal. Rasa macam nak menangis pun ada. Dia dah buat silap besar!

“Kereta jenis apa?”

“Chevrolet merah…” Grrr, that was the car! Isyraq melepaskan keluhan berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience