Hadfina merenung wajah kacak di hadapannya. Wajah tanpa riak itu menarik perhatiannya. Mata bundar sedang memandang ke hadapan tanpa berkelip. Hidung mancung dan bibir terletak. Dia terpikat dengan gaya rambut Isyraq. Potongan rambut ala-ala Taylor Lautner. Dia senyum nipis. Lelaki inilah yang dia terserempak di mall dua minggu lepas. Tidak sangka pula, itu adalah bakal suaminya.
Isyraq pelik kerana dia langsung tidak mendengar suara isterinya. Dia tahu Hadfina masih di situ. Haruman gadis itu menusuk ke hidungnya. Dia agak canggung duduk di sofa tanpa melakukan apa-apa. Lebih dia segan, kini dia berada di dalam bilik Hadfina. Hanya berdua dengan isteri yang baru dinikahinya beberapa jam yang lepas.
“Hadfina, are you still here?” Ringan mulut Isyraq bertanya.
“Ada ni. Your hot chocolate,” Hadfina mencapai tangan kanan Isyraq dan memberikan mug berisi hot chocolate yang dibancuhnya tadi.
“Terima kasih,” ucap Isyraq. Dia terfikir, sejak bila dia minum hot chocolate?
Hadfina duduk bersimpuh di atas karpet tebal. Manakala Isyraq sedang duduk elok atas sofa yang boleh memuatkan hanya seorang itu. Hadfina menunggu suaminya minum air yang disediakan special itu. Khas untuk Isyraq. Tapi, lelaki itu hanya memegang sahaja mug itu.
“You have had enough caffien. Tak eloklah minum caffien selalu,” Hadfina bersuara. Isyraq mendengus. Mamanya yang sering berleter tentang itu pun, dia tak endahkan. Inikan teguran seorang isteri yang baru sahaja masuk ke dalam hidupnya.
“Saya tak suka hot chocolate,” Isyraq berterus terang. Hadfina mengeluh kecil. Puan Norlia ada beritahunya tadi mengenai suaminya yang addicted dengan minuman bercaffien. Oleh itu, dia sediakan hot chocolate.
“Tapi, untuk malam ni… abang kena minum air kat tangan abang tu eh. Please,” Isyraq tergamam. Lembutnya suara Hadfina ketika itu.
“No. Saya tak minum apa-apa pun tak apa,” Macam budak-budak. Pandai merajuk rupanya si Isyraq ni.
“Okay, I’ll make you another drink,” Hadfina mengambil kembali mug dari tangan Isyraq. Dia bangkit berdiri. Tak guna dia berkeras dengan lelaki itu.
Dia menghalakan langkah ke dapur. Balang yang berisi coffee latte paket di buka. Dia mengambil sepaket coffee latte dan mula membancuh air itu. Kadangkala, ada juga dia minum minuman bercaffien tapi tidak sekerap Isyraq. Apabila teringatkan rajuk si suami, dia tersenyum. Macam sweet saja. Erk!
Beberapa hari selepas Isyraq menelefonnya, dia menerima sebuah e-mail dari lelaki itu. Hadfina langsung jatuh hati dengan bakal suaminya ketika itu. Sebab apa? Baginya, Isyraq terlalu jujur. Setiap kelebihan dan kekurangan dirinya dituliskan untuk tatapan Hadfina sebelum mereka bergelar suami isteri.
Share this novel