BAB 15

Romance Completed 13124

Lapan bulan kemudian…

“Feen, lepas ni jangan lupa aku tau,” Sebak Zana ingin berpisah dengan sahabatnya itu. Hadfina senyum manis.

“Kau pun sama. Jangan lupa aku jugak. Selalulah call aku,” Mereka saling berpelukan.

Siapa tak sedih jika ingin berpisah dengan kawan baik? Sudah tiga tahun mereka berkawan. Akhirnya, keduanya sudah berjaya. Zana yang terpaksa pulang ke kampungnya jauh nun di utara, takut hubungan baik dia dan Hadfina akan terputus. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Tambahan pula, Hadfina sudah berkahwin. Lagilah dia sunyi.

“Aku janji, ada masa aje… terus aku call kau eh. Tapi, jangan pulak kau tak angkat. Iyalah, orang dah bersuami. Manalah nak layan kita dah,” Hadfina mencebik.

“Eh, hello. Kau pun sama. Dua bulan lagi dah nak kahwin pun. Jangan kau yang lupa aku sudah. Asyik sangat nak berkepit dengan suami kau,” Zana tersengih. Macam mana dia boleh lupa, dia pun akan berkahwin juga.

“Eceh. Kau jangan risau. Nanti mesti aku kena ikut bakal husband aku tu tinggal kat sini. Dia kan kerja kat area campus kita jugak,” Hadfina mengerutkan hidung.

“Iyalah. Eh, aku balik dululah. Takut suami aku sampai rumah dulu. Kang satu hal pulak aku kena pujuk,” Zana tergelak. Dia sering memuji pasangan dua sejoli itu. Walaupun jarak umur antara mereka sembilan tahun, masing-masing pandai memainkan peranan.

“Okeylah. Ada rezeki, kita jumpa lagi eh. Jangan lupa datang wedding aku tau. Tak dapat kat rumah aku, majlis kat sini pun okey. Janji aku dapat jumpa kau,” pesan Zana ceria. Mereka berpelukan seketika.

“Insya Allah. Aku balik dulu,” Hadfina pantas masuk ke dalam perut Myvinya sebelum bergerak meninggalkan perkarangan kampus. Zana menghantar sahabatnya itu dengan pandangan. Dia berharap persahabatan mereka akan kekal.

*****

Hadfina melabuhkan punggungnya di sofa di ruang tamu. Dia menunggu Isyraq pulang dari kerja. Selalunya sebelum pukul enam petang, suaminya itu sudah pulang. Hari ni, terlambat pula. Dah nak masuk waktu Isya’ pun.

“Isy balik lambat ke hari ni, Fina?” soal Puan Norlia ketika melalui ruang tamu dari dapur.

“Iyalah kot, ma. Tak ada pulak abang Isy bagitahu Fina dia balik lambat,” jawab Hadfina.

“Fina nak air? Mama buatkan…”

“Tak apa, ma. Tadi Fina dah minum,” Hadfina membalas lembut.

“Iyalah. Kalau lambat sangat Isy balik, Fina naik tidur dulu,” Hadfina mengangguk perlahan. Puan Norlia membawa diri ke biliknya. Wanita separuh umur itu memang mementingkan tidur yang cukup. Selalunya, selepas sahaja solat Isya’, dia akan terus melelapkan mata.

Hadfina merenung kaca televisyen yang sedang bersiaran kosong. Entah cerita apa yang ditayangkan pun dia tak tahu. Hatinya risau tika ini. Kerap kali matanya dibawa ke jam dinding. Isyraq tak pula maklumkan kelewatannya tadi. Dalam hati dia berdoa agar tiada perkara buruk yang menimpa Isyraq.

Beberapa minit kemudian, Hadfina mengorak senyuman. Lexus IS 250 sudah terparking elok di garaj. Dibawa langkah ke pintu utama untuk menyambut kepulangan suaminya. Isteri mithali kononnya.

“Assalamualaikum,” Isyraq memberi salam lemah. Hadfina mencapai beg bimbit suaminya.

“Waalaikumsalam,” jawab Hadfina dengan senyuman terukir di bibir. Dipautnya lengan Isyraq. “Abang duduk dulu. Fina buatkan coffee,” Isyraq melangkah ke sofa. Dirinya yang sudah kepenatan bersandar di sofa.

Sesekali Isyraq memicit kepalanya. Tiba-tiba terasa berat pula kepalanya tika ini. Sudahlah seharian dia tak menjamah makanan. Walaupun hanya tiga operation sahaja hari ni, tapi semuanya memakan masa yang lama. Sehinggakan dia terlupa untuk makan. Tadi, sebelum pulang… dia termuntah kerana perut sudah masuk angin. Memandu kereta pun perlahan sahaja.

“Coffee abang,” Hadfina duduk di sebelah Isyraq.

“Emmm, sayang. Can I have hot chocolate for tonight?”

“Okey. You look so pale. Abang tak makan lagi?” Hadfina bersoal lembut. Isyraq menggeleng lemah. “Actually, Fina buatkan hot chocolate… bukan coffee. Abang minum eh,” Disuakan mug ke bibir suaminya.

Terasa lega sedikit tekaknya yang perit. Dijatuhkan kepalanya ke riba Hadfina. Matanya berat sangat buat masa ni. Hadfina hanya membiarkan sahaja. Dia mengusap ubun-ubun suaminya lembut. Abang penat eh. Kesian abang, desis Hadfina.

“Give me five minutes,” kata Isyraq lantas memejamkan kepalanya. Rasa selesa kerana berbaring diribaan isterinya. Dia melelapkan mata sambil memeluk tubuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience