BAB 2

Romance Completed 13124

Isyraq menyisip espresso panas perlahan. Terasa tenang saat caffien itu mengenai tekaknya. Menghilangkan sedikit rasa kantuknya. Sejak dia kemalangan beberapa bulan yang lepas, dia berubah menjadi seorang penggemar minuman bercaffien. Boleh dikatakan minuman itu sudah menjadi wajib diminum setiap hari.

“Isy, buat apa kat luar ni?” Puan Norlia mendapatkan anak terunanya di balkoni bilik. Isyraq tersenyum.

“Saja ambil angin, ma. Mama buat apa tak tidur lagi?”

Puan Norlia melabuhkan punggung di sisi anak lelakinya. Sengaja Isyraq meletakkan kerusi kayu di balkoni biliknya. Dia suka bersantai di situ.

“Mama nak jenguk anak mama dulu sebelum tidur. Isy fikir apa?”

“Tak ada fikir apa-apa yang menarik pun, mama. Cuma, Isy terfikirkan Hadfina,” Puan Norlia senyum.

“Kenapa dengan Hadfina?”

“Is she okay? I mean, about our wedding. Mama tahu kan dia muda lagi. Isy rasa bersalah sebab Isy ni dah tua. Tak sesuai langsung untuk dia,” kata Isyraq perlahan. Telefon bimbit di tangan, digenggam erat.

“Tua apanya. Isy baru tiga puluh tahun. Muda lagi tu. Isy tak payah risaulah. Auntie Indah dah yakinkan Hadfina. Hadfina sendiri yang terima,” balas Puan Norlia sambil mengusap belakang Isyraq.

Sejak suaminya meninggal dua tahun lepas, Isyraqlah tempat dia bergantung harap. Kerana Isyraq jugalah, dia menjadi seorang wanita yang tabah dan bersabar menempuh dugaan. Dugaan seperti sekarang ni.

“Memanglah dia setuju, ma. Tapi Isy tak naklah rosakkan masa depan dia. Dapat ke dia terima kekurangan Isy ni?”

“Isyraq sayang, kekurangan Isy kan bukannya kekal. Inshaa Allah, Isy akan dapat penderma. Mama tak sukalah tengok anak mama lemah macam ni. Mama rindukan Muhammad Isyraq yang dulu. Dia kuat, selalu tersenyum walaupun ada masalah. Bukannya Muhammad Isyraq yang sekarang,” cebik Puan Norlia.

Isyraq memeluk mamanya erat. Menitis air matanya mendengar suara hati sang ibu yang rindukan anaknya yang dulu. Bukannya dia tak kuat. Cuma, kadang-kadang hatinya yang sering memikirkan kelemahan diri… terasa lemah semangat. Mungkin Muhammad Isyraq yang kuat, ceria dan ramah dulu telah mati ketika dia kemalangan.

Disebabkan kemalangan itu juga, dia kehilangan gadis yang dicintainya sepenuh hati. Dia yang bernama Nur Dhuha. Gadis yang telah berjaya menambat hatinya sejak lima tahun yang lepas. Namun, semua itu hilang sekelip mata apabila keluarga Nur Dhuha memutuskan tali pertunangan mereka disaat hari ijab kabul hampir tiba.

Argh! Siapa sajalah yang dapat menerima dirinya yang sudah hilang penglihatan itu? Perempuan mana yang sanggup hidup dengan lelaki buta sepertinya. Sanggupkah Hadfina meneruskan rancangan keluarga mereka setelah tahu dia sebenarnya buta penglihatan? Fikirannya semakin kusut memikirkan hal itu sejak diberitahu oleh mamanya tentang perkahwinan yang tidak jadi itu akan tetap dilangsungkan. Tetapi, dengan calon isteri lain.

“Isy tak boleh janjikan Muhammad Isyraq mama akan kembali. Mama berdoalah dia kembali di sisi mama,” ujar Isyraq hambar.

“Mama sentiasa doakan anak mama ni. Isy pun jangan terus berhenti berharap ya,” Puan Norlia menahan tangis. Tidak mahu Isyraq tahu hatinya sedang menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience