“Amboi, cepatnya kau nak balik, Feen,” tegur Zana kepada Hadfina di pintu keluar kelas.
“Aku kan dah jadi isteri orang. Kenalah balik cepat, temankan suami,” balas Hadfina sambil senyum. Zana menampar dahinya perlahan.
“Lupa pulak aku. Sorrylah,” Zana memeluk bahu sahabat baiknya.
“It’s okay. Kau memang macam tu pun kan,” Mereka beriringan ke tempat letak kereta.
“Alolo, kawan aku ni. Aku betul-betul sorry eh. Hah, bila suami kau kena operate?” soal Zana.
“Tak silap aku bulan depan. Kenapa?”
“Sajalah aku tanya. Bulan depan kan kita dah final. Study kau macam mana?”
Hadfina mengeluh. Dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin membahagikan masanya nanti. Mana nak jaga suami, study lagi. Tapi, dia akan cuba seimbangkan keduanya. Sejak dia hidup dengan Isyraq, lelaki itu tidak banyak kerenah. Cuma, kena sediakan air minuman kegemaran lelaki itu ikut waktu sahaja.
“Tak tahu lagilah, Zana. Nantilah aku fikirkan. Eh, dah sampai kereta. Jumpa esok,” Zana mengangguk.
Mereka masuk ke dalam kereta masing-masing. Hadfina memandu keretanya tenang. Apabila terfikirkan dia pasti akan merindui mata hazel milik Isyraq nanti, hatinya berat pula ingin membiarkan suaminya itu melakukan pembedahan mata. Manalah tahu, mata yang didermakan itu tak memberikan sinar seperti mata hazel itu. Hadfina memandu ke rumah Puan Norlia. Dua hari selepas kahwin, Isyraq mengajak Hadfina tinggal di rumah keluarganya. Dia takut nak biarkan Puan Norlia, mamanya tinggal sendiri.
Share this novel