Throwback…
Isyraq tersenyum riang. Mana tak riang kalau hati dia tengah berbunga. Setiap kali tunangnya menghubunginya, pasti dia akan bereaksi begitu. Mungkin sebab terlalu angau tak. Angaulah tu jika setiap masa si Isyraq tu teringatkan Nur Dhuha, tunang kesayangannya. Dhuhalah yang sentiasa dihatinya sejak perkenalan mereka beberapa tahun yang lepas.
“Awak, esok saya nak balik kampung tau. Rindu dengan mak sayalah,” Dhuha berkata lembut.
“Iya. Tahu sangat awak tu. Anak manja. Nanti dah kahwin dengan saya, tak dapatlah selalu balik kampung eh,” ujar Isyraq . Ketika itu dia sedang memandu pulang setelah seharian di klinik. Hari pun dah jauh malam.
“Ala, kenapa pulak?”
“Mestilah awak akan sentiasa nak berkepit dengan saya aje lepas kita kahwin. Kan… kan?”
Pipi Dhuha di hujung talian sudah merah dek diusik begitu.
“Eee, gatalnya awak ni. Siapa nak kahwin dengan awak?” Isyraq mengukir senyuman. Terasa bahagia hatinya.
“Alah, saya tahu awak memang tak sabar nak jadi wife saya kan? Bagitahu ajelah. Saya faham,” Dhuha ketawa. Isyraq memang suka mengusik. Sejak dari mereka mula kenal dulu lagi. Selagi pipi si Dhuha tu tak merah, jangan haraplah Isyraq nak berhenti mengusik.
“Hesy, awak ni. Dah-dahlah tu usik saya. Saya tak nak kahwin dengan awak baru tahu,” Dhuha sekadar bergurau.
“Janganlah, awak. Awak buat macam tu, saya cepatkan majlis baru awak tahu,” Eh, Dhuha pula yang kena ugut.
“Nampak sangat kegatalan awak itu, Muhammad Isyraq. Tahulah awak sweet pun, tapi janganlah sampai terlebih gula. Saya kat sini dah macam duduk kat ladang gula dah,” Isyraq ketawa besar. Pandai Dhuha buat lawak.
“Alolo, saya kan. Kalau bercakap dengan awak aje… mesti kena sweet-sweet. Tak lengkap hidup saya kalau sehari tak bersweet dengan awak tau,” Dhuha tergelak kecil. Macam manalah kehidupan dia selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki kesayangannya itu nanti. Mahu terkena kencing manis. Hek! Terlebih gula pulak.
“Iyalah awak tu. Awak kat mana ni?”
“On the way nak balik rumah. Tengah drive…”
“What? Dan, awak asyik dok berbual dengan saya? Okeylah, awak sampai rumah nanti… kita bergayut lagi eh. Bahayalah awak,” Isyraq menarik muka masam. Dia guna handsfree apa. Bukannya dia pegang telefon bimbitnya itu.
“Saya guna handsfreelah awak. Janganlah risau,” kata Isyraq. Kalau boleh, setiap masa dia nak berbual dengan tunangnya itu.
“No! Bahaya. Okeylah, saya letak dulu eh. Bye,” Dhuha terus mematikan talian. Dia lebih sayangkan nyawa Isyraq daripada perbualan mereka itu.
Isyraq mendengus. Tidak berpuas hati. Ingin sahaja dia merajuk dengan Dhuha. Tapi, nanti dia juga yang rindu. Sudahlah tadi dia tak sempat nak jumpa Dhuha dek jadual tugasnya hari ni agak padat. Ramai pula pesakit mata yang membuat temu janji hari ni. Dicabutnya handsfree di telinga kasar. Dia membebel kecil.
Entah di mana silapnya, muncul sebuah kereta yang memotong keretanya. Tiba-tiba pula tu. Isyraq gagal mengawal keretanya kerana terkejut dengan kehadiran kereta tersebut. Kakinya tanpa sengaja tertekan pedal minyak bukannya brek. Kelam kabut dia menggunakan brek tangan. Tapi, sudah terlewat apabila kereta BMW X6 meluncur laju ke sebatang pokok besar.
Keadaan Isyraq parah! Dahinya terhantuk kuat di stereng. Keretanya remuk di bahagian hadapan. Air bag juga tak dapat membantu dia dari tercedera. Kereta yang memotong tadi terus berlalu tanpa menghulurkan bantuan langsung. Sepuluh minit kemudian, barulah ada kereta yang mula berhenti memberikan bantuan. Telefon bimbit Isyraq pula tak berhenti-henti berdering. Dhuha! Puan Norlia!
Share this novel