Setelah sekian lama

Short Story Series 1487

Aris masih lagi mendiamkan diri.
Selepas kejadian tadi,dia asyik terkenang akan nasib Sara dan Arissa.Tuhan mempertemukan mereka semula dalam situasi sebegitu dan menjadikan dia sebagai penyelamat maruah Sara dan Arissa.
Mungkin..

"Kau okay bro?" Tanya Hazmin.

Aris hanya mengangguk.
Dia memejamkan matanya seketika. Terbayang wajah Sara dan puterinya Arissa.
Cantik dan comel sangat.
Rugi sangat bagi dirinya tidak bersama mereka selama empat tahun ini dan melihat Arissa membesar.

"So,kita nak ke mana sekarang ni?" Sekali lagi Hazmin memecah kesunyian.

Din menggelengkan kepalanya. Mereka ibarat hilanh arah tuju.

"Comel anak aku,bro." Akhirnya Aris bersuara.
Tiba-tiba hatinya sebak.

"Sara jaga dia dengan baik,Ris." Jawab Din.

"Haah, tengok cara dia backup diri sendiri.Sambil nangis dia terangkan apa yang terjadi." Hazmin mencelah.

"Sara ada dalam diri lnya ,bro.Dia..dia akan melawan untuk membuktikann dia tak bersalah." Aris menunduk.

Din dan Hazmin mengangguk setuju. Pernah ketika dahulu mereka masih bersekolah. Sara dituduh mencuri barang rakan sekelasnya namun Sara tidak nerputus asa untuk menegakkan kebenaran. Sehinggalah dia menemukan pelaku sebenarnya. Walaupun dengan air mata marah,malu,kecewa dia mampu membuktikan bahawa dia bukanlah pelakunya.

"Aku nak jumpa dia.Korang.... ada cara tak?"

Aris memandang muka dua sahabatnya itu.

"Apa kata Din jumpa cikgu tu,minta nombor telefon Sara.Tak pun minta alamat dia sekali." Cadang Hazmin.

"Ishk, apasal aku pula yang kena minta?"

"Laa, kau kan single lagi.Cikgu tu pun mungkin single juga.Mana tahu jodoh kau dengan dia." Usik Hazmin.

Din mencebikkan mulutnya.

"Yelah, aku minta. Tapi korang ikut la aku.Takkan nak suruh aku pergi seorang diri." Pinta Din.
"So,bila kita nak pergi? "
"Esok." Jawab Hazmin tangkas.

Ku pandang matamu. langsung tiada perubahan. kau masih yang dulu lagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience