Terima kasih memahami

Short Story Series 1487

"Betul ni taknak Liza hantarkan?"soal Liza berkali kali.

Hari ini Aris akan berangkat ke Sabah.Sebelum pergi,dia menemui tunangnya dulu.

"Kan abang dah kata semalam,isteri Hakim yang hantar.Nanti kesian Liza balik sorang.Dah lah flight abang malam.Kalau siang tak apa lah juga." jawab Aris.

Liza hanya mengangguk.Sedih rasa hatinya untuk merelakan Aris pergi.Lagi-lagi dengan hajat Aris ingin berjumpa dengan Sara.

"Abang,janji sesuatu dengan Liza boleh tak?" soal Liza.

Aris memandang wajah tunangnya itu.Wajah yang ayu,lembut itu membuat Aris berasa aman.

"Janji yang abang balik pada Liza semula."

"Liza,abang bukan nak pergi berperang.Takkan la abang tak balik."usik Aris.Dia tahu hati tunangnya itu risau dengan pemergian nya kali ini.
Liza memukul manja lengan Aris.

"Liza jaga diri tau.Kalau cukup jam makan,tolong makan.Nanti gastrik,baru gelabah nak makan."

"Baiklah tuan Aris Iskandar." usik Liza.

Liza memerhatikan kepergian Aris.Dari dalam kereta,tangan Aris tidak berhenti melambaikan tangan.Akhirnya kelibat Aris menghilang dari pandangan.

Semasa dalam flight,Aris dan Hakim hanya bersembang ringkas sahaja..Sesampainya mereka di Lapangan Terbang Kota Kinabalu,Din sudahpun menunggu mereka.Dari jauh Din melambai tangan ke arah Aris.

"Sahabatku Aris Iskandar." seloroh Din sambil memeluk Aris.Aris juga memeluk tubuh rakan karibnya itu.

"Sihat kau Din?"

"Alhamdulillah bro."

"Eh,kenalkan ni Hakim.Officemate aku."

Din dan Hakim saling bersalaman.

"Jom,aku hantar kau ke hotel.Lepastu kita pergi makan.Aku lapar la tunggu kau Ris."

"Jomlah.Nanti aku belanja."

Mereka pun pergi.Selepas menghantar bagasi ke bilik hotel,mereka pun makan di kedai berdekatan.

"Hazmin pun dekat sini juga ke Din?"

"Haah,dia kat sini juga.Bini dia orang sini."

"Hazmin dah kahwin,aku dah bertunang.Kau bila lagi?"

Din mengaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersengih.

"Hehe,belum ada calon Ris."

"Muka segak macam ni takda calon?Boleh percaya ke?"

"Haa,tu lah.Dari sekolah lagi, aku lah yang paling handsome.Tapi.." belum habis Din berkata,Aris menyampuk.

"Tapi kau memilih sangat kan? Linda dulu punya lah nak kat kau,kau tolak."usik Aris

"Linda ? Linda yang gemuk gedempol tu? Bukan taste aku lah Ris."

"Tu dulu.Sekarang kau yang terliur tengok dia.Aku jumpa masa jalan dekat mall.Cantik dia sekarang wey!"

"Biar betul?"

"Cuba kau cari akaun fac Linda.Kalau tak silap Linda Kamarudin."
Din lalu mencapai handphone nya.Tiba-tiba dia teringat akan Sara.

"Sebelum tu,aku nak cakap kau sesuatu ni Ris."

Aris memandang wajah Din. Hakim merasa diri mengantuk meminta untuk balik ke hotel semula.Tinggal lah si Din dengan Aris.

"Kau dah dapat nombor dia Din?"

"Tu lah masalahnya..Sebab bukan akuu yang jumpa Sara,tapi Hazmin yang jumpa dia."

"Hazmin tak minta?"

Din menggeleng kepalanya.

"Tapi Min tahu macam mana nak cari Sara."

Hampir jam dua belas malam Din dan Aris bersembang. Banyak yang mereka ceritakan.Akhirnya mereka berpisah untuk pulang ke rumah,manakal Aris kembali ke hotel.
Malam itu susah untuk Aris melelapkan mata.Fikirannya masih memikirkan Sara.
Berani kah dia untuk bersemuka dengan Sara?
Bagaimana pula reaksi Sara?
Dan budak perempuan itu,wajahnya iras siapa?
Akhirnya Aris terlena juga.

'Flashback'

"Awak,saya..Saya hamil."terketar ketar suara Sara bercakap dengan Aris di telefon.

"Awak,awak tenang dulu.Nanti kita jumpa ya."Pujuk Aris.

Mereka berjanji untuk bertemu di rumah sewa Sara.
Sesampai disana,,Aris terus memeluk Sara.

"Kita kahwin sayang.Saya dah beritahu mummy.Semua mummy yang uruskan."kata Aris.Sara yang masih dalam pelukkannya hanya mampu berdiam.Banyak yang difikirkan nya.

Namun,bukan seperti apa yang Aris bayangkan bila nenek dan datuk nya campur tangan.Dan malam itu juga Sara pergi tanpa berita.
Baru kini dia tahu mengapa Sara pergi tanpa meninggalkan pesan.
Din pada masa itulah yang tahu segalanya.
Dengan keadaan marah,nenek Aris menyuruh Din untuk menghantar Sara supaya mengugurkan janin.Tetapi Din tidak mengikuti arahan tersebut malah menghantar Sara ke Sabah dan tinggal dengan kakaknya buat sementara waktu.
wang yang septutnya diberi oleh nenek Aris untuk pembiayaan mengugurkan kandungan Sara,itu yang dia beri kepada Sara untuk belanja.
Selepas melahirkan Arissa,Sara berpindah keluar dari rumah kakak Din dan baru kini Din tahu dimana keberadaan Sara dan juga anaknya.

Terima kasih memahami

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience