Tengah hari itu,Liza menunggu rakanya untuk lunch sama.
"Wey,mimpi apa kau ajak aku lunch ni?"terjah Diana.
"Ish,terkejut aku."Liza mengusap dadanya.
Diana tersengih
.
"Dari jauh lagi aku nampak muka kau muram semacam.Kau dah kenapa?Aris curang dengan kau ke?"
"Amboi mulut! Tak ada insurans lansung."marah Liza.
Diana tersengih lagi.
"Aku bosan lunch sorang.Abang Aris dah kursus ke Sabah."
"Oo,patutlah ajak aku.Masa ada Aris,ka pinggirkan aku.Kawan ke macam tu?"rajuk si Diana.
"Okay,i'm sorry Diana Salleh." seloroh Liza.
Mereka pun memesan makanan.Oleh sebab tempat kerja mereka berdekatan,senang untuk mereka bertemu setiap kali makan tengah hari.Cuma sejak dah bertunang,mereka jarang lepak bersama.
"Dee,aku nak tanya pendapat kau boleh?"
Diana mengangguk.
"Kalau tunang kau nak jumpa ex-girlfriend dia,kau bagi tak?Untuk kali terakhir."
"Wey,kan betul kata aku tadi.Aris curang dengan kau kan?"
"Bukan macam tu.Kau jawab la soalan tu tadi."
"Mana perempuan yang nak biarkan tunang sendiri jumpa ex-girlfriend.Tu dah macam tempah madu awal-awal."
Liza diam.
"Kenapa tanya macam tu?Aris jumpa ex dia ke?"
"Tak, tapi dia akan cari nanti."
"Sekejap! Aku tak faham maksud kau ni."
Liza dengan panjang lebar menceritakan apa yang berlaku.
"Kau gila beb.Betul betul gila."
"Aku tahu Dee,tapi dia buat pun untuk kali terakhir.Hal ni cuma aku yang tahu."
"Memang kau tempah madu awal beb.Kalau kau dicurangi Aris,tu bukan salah dia.Tu salah kau sendiri."
Liza diam.Ada benarnya juga apa yang Diana katakan itu.Namun,dia tetap percaya Aris Iskandar takkan sanggup menghianati kepercayaan yang dia berikan.
"Janji Dee,kau tak beritahu orang lain.Jangan pulak kau cerita kat sepupu abang Aris."
Diana membuat isyarat menutup mulut. Selesai makan,mereka pun kembali ke pejabat masing-masing.
Malam itu,Liza menelefon Aris.
"Awak dah makan?"
"Belum lagi.Lepas ni nak turun makan.Tengah tunggu Hakim habis mandi.Liza dah makan?"
"Dah bang."
"Kenapa suara Liza sayu je ni?Liza demam ke?"
"Eh,tak lah.Cuma letih je."
"Rehat awal kalau letih."
"Iya bang Aris."
"Atau Liza rindu abang ni?" usik Aris. Terdengar tawa kecil dihujung telefon.
"Rindu la juga.Tapi nak buat macam mana.Nanti dah kahwin pun tetap kena tinggal macam ni kalau abang kursus jauh."
"Mana sama.Kalau sah kahwin,senang abang angkut Liza ke mana-mana sebab dah sah jadi isteri kan."
Liza tertawa mendengar jawapan Aris.Selepas beberapa minit bersembang,Aris menamatkan panggilan dia dengan Liza.
Di suatu kawasan yan sunyi sepi,hanya terdengar bunyi salakkan anjing liar.
Sara baru sahaja selesai mandi.Arissa pula baring di sofa menonton rancangan kegemaran nya.Sar menghampiri anaknya.
"Esok baby nak jalan-jalan tak?Lama dah kita tak jalan-jalan."
Mendengar kata-kata ibunya,Arissa terus bangkit keriangan.
"Esok kita pergi mana,mama?Sha nak pergi playground."
Sara menggangguk. Arissa melompat keriangan.
Malam itu,Arissa sudah lena dibuai mimpi tapi Sara susah nak melelapkan mata.Lepas pertemuan dia dan Hazmin hatinya rasa berdebar debar.
Rindu pada seseorang mula dirasai.
"Apa khabar agaknya dia sekarang.Tentu dia dah berkeluarga macam Hazmin."bisiknya dalam hati.
Bukan tak pernah terniat dia untuk mencari akaun fac Aris Iskandar,cuma takut hatinya bertambah benci.
Janji yang diungkap semuanya tinggal janji.Mahligai yang sepatutnya mereka bina,musnah tanpa kata-kata. Hatinya diselubungi rasa benci,tapi ada kalanya hatinya merindui.
'Sayang' satu perkataan yang mampu menceriakan hatinya,namun telah 4 tahun sudah berlalu.
Sara terlena.
Pagi itu,Arissa sudah bangun awal dari ibunya.
"Mama,cepat lah.Arissa nak main ni."
suara Arissa memanggil ibunya dari kuar rumah,,bersedia untuk pergi.Sara tersenyum melihat telatah anaknya itu. Sudah lama dia tidak meluangkan masa untuk anaknya.Dia terlalu sibuk dengan urusan kerja.
Selesai makan,mereka berjalan di mall.Arissa ligat bermain permainan disitu. Sara duduk memerhatikan dia.
"Ilyana,you buat apa sini?" sapa seorang lelaki dari belakang.
"Eh,Encik Patrick.You pun ada dekat sini?"
"Tak payah lah you nak ber'encik dekat sini.Panggil saja Patrick."
Encik Patrick seorang bos kepada Sara.Sering kali juga mereka digossipkan berpasangan,namun Sara menafikan gossip itu.
"I teman Arissa harini.Ye lah kan,busy kerja.Jarang pula spend time dengan anak."
"Oo ye ke.Kesian anak-anak kita terbiar macam tu bila kita busy.I tadi pun teman my girl shopping.Perempuan kalau dah shopping,memang tak ingat dunia."
"Oo,jadi you temankan Rabecca lah ni?"
Patrick menggangguk.Patrick juga seorang duda yang kematian isterinya dua tahun lepas.
"Daddy,puas baby cari.Dekat sini rupanya daddy."
"Daddy letih,jadi daddy duduk dekat sini.Kebetulan ada auntie Ilyana."
Rabecca baru perasan yang Sara juga ada disitu.Rabecca pun memeluk Sara.
"Auntie sihat?"
"Sihat,sayang.Rabecca sihat?"
"Sihat auntie.Cuma daddy je yang cakap Rabecca tak sihat sebab Rabecca turun berat badan."
"Rabecca berisi pun dah cantik,apa lagi kalau ramping macam ni."puji Sara.
"Haa daddy,dengar tak apa auntie cakap.Baby bukan sakit,baby semakin ramping."seloroh Rabecca.Patrick hanya mampu ketawa meliha gelagat anaknya itu.
"Mama.." Arissa berlari ke arah Sara.
"Hai uncle."sapanya pada Patrick.Patrick terus memeluk Arissa.Oleh kerana Patrick dan Rabecca sering berjumpa dengan Ariss,mereka sudah menjadi akrab.
Tanpa mereka perasan,dari jauh sesosok tubuh sedang ligat memerhatikan mereka.
"Kan sudah abang beritahu Din,yang.Sara tu sudah berkeluarga."bisiknya pada isterinya.
"Abang ambil lah foto,nanti abang kirim ke Din."balas isterinya lagi.
Lepas pertemuan haritu,satu persatu cerita tentang Aris dan Sara diceritkan Hazmin ke isterinya.
Hazmin masih beranggapan bahawa Sara sudah berkeluarga dan sudahpun melupakan Aris.
Mereka berempat berpisah selepas habis makan malam.Arissa terlena dikerusi belakang.Letih agaknya seharian keluar bermain.
"Daddy,Auntie Ilayna tu baik orangnya kan?" Rabecca memulakan perbualan.Patrick hanya tersenyum memandang wajah anaknya itu.
"Kalau lah Auntie Sara jadi mummy baby,tentu meriah sebab ada adik Arissa sekali."sambungnya lagi.
"Baby betul-betul suka auntie Ilyana ke?" tanya Patrick.Rabecca menggangguk.
"Daddy pun suka auntie kan?"seloroh Rabecca. Patrick ketawa.
"Baby okay kalau daddy peluk Islam?"
Rebecca terdiam.Keadaan sunyi seketika.
"Kalau dah jodoh daddy dengan auntie,baby okay je daddy.Lagipun daddy dah kenal lama dengan auntie.Sama juga dengan baby.Baby rasa selesa & disayangi bila dengan auntie."
Patrick diam.Memang dia dah lama kenal dengan Sara.Sejak pertama kali Sara memohon bekerja dia syarikat beliau. Ketika itu Sara masih hamil.Rasa simpati beliau terhadap Sara membuatkan beliau berusaha untuk membantu Sara sehingga wujud rasa cinta beliau tetapi masih dipendam.
"Baby doakan ye semoga daddy berjodoh dengan auntie."
Mereka saling berpandangan.Rabecca tahu bahawa daddynya sunyi dan sudah waktu untuk daddynya berumah tangga. Selepas kematian mummy Rabecca, daddynya tak pernah meluahkan perasaan sunyi tetapi Rabecca sebagai anaknya berhak membiarkan daddynya bahagia walaupun terpaksa memeluk Islam.
Kadanag bukan dipinta untuk jadi single parent.Aturan Allah,siapa yang tahu..
Share this novel