Rakan lama

Short Story Series 1487

"Eh,macam kenal?"

"Kenal siapa bang?" tanya Rita.

"Perempuan tu,macam kawan sekolah abang."Hazmin mengheret jari isterinya berjalan menuju ke susuk tubuh yang sangat dikenalinya.

"Sara?" sapa Hazmin.

Sara memadang dengan terpinga pinga. Selama beberapa tahun di Sabah,belum pernah lagi orang memanggil dia dengan nama 'Sara' kecuali yang rapat dengan dia. Mereka saling berpandangan.

"Kau Sara kan? Kau ingat aku lagi tak? Hazmin,sama kelas dengan kau dulu."

"Hazmin,kau buat apa kat sini?" Sara menjawab setelah lama memerhatikan wajah Hazmin.

"Aku kerja sini la Sara. Bini aku pun orang sinilain juga.Ni kenalkan,Rita.Bini aku." Hazmin memperkenalkan isterinya kepada Sara.

Sara dan Rita saling bersalaman.

"Lama kita tak jumpa Sara." sambung Hazmin lagi.

Sara cuma mengangguk.Dia kekok dengan perjumpaan dia dengan Hazmin. Hazmin sahabat baik dengan Aris,mereka satu kelas.Selepas bersembang sekejap,Sara meminta diri untuk pergi. Hazmin memerhatikan kepergian Sara dengan seorang budak yang sangat comel.

"Tu anak dia ke bang?" tanya Rita.

"Tak pasti lah sayang.Mungkin juga dia dah kahwin." soalnya sendiri.

Seminggu selepas perjumpaan dia dengan Sara, Hazmin mengajak Saifudin atau mereka panggil Din melepak di kedai kopi.

"Eh,pasal Sara haritu kau ada minta nombor telefon dia tak Min?"tanya Din.

"Tak juga.Kenapa nak minta? Bukan ada keperluan pun aku simpan nombor dia." jawab Hazmin selamba.

Din menepuk dahi.

"Apasal kau tak minta?Aku nak nombor dia."

"Kenapa pula kau nak nombor dia.?Kau admire dia ke?"

Ppuukk! Dahi Hazmin diketuk Din dengan handponenya.
Mengaduhlah si Hazmin.

"Kalau aku minat kat dia,lama dah aku usha dia.Ni sebab Aris yang suruh."Jawab Din sambil ketawa melihat Hazmim yang masih mengusap dahinya.

"Aku rasakan tak payah lah Aris ganggu dia lagi.Aku tengok dia dah ada anak.Maksudnya dia dah berkahwin.Yang berlalu tu biar la berlalu.Kesian Sara."

Ppukkk! Sekali lagi dahi Hazmin diketuk Din.Kali ni lagi kuat sampai tertunduk tunduk si Hazmin dibuatnya.

"Haa,ni lah akibat bila orang taknak dengar penjelasan orang dulu."

"Ni dua kali dah kau ketuk aku Din." Hazmin mengusap lagi dahinya itu.
Din ketawa.

"Macam ni certanya Min.Anak yang kau tengok tu anak Sara dengan si Aris."

Hazmin terpinga pinga.Dia masih tak faham apa yang berlaku.
Satu persatu si Din ceritakan pada Hazmin.

"Dulu masa benda ni terjadi,kau dah dekat Sabah.Sebab tu kau tak tahu kisah semua tu."

Hazmin mengangguk faham.

"Tapi kan Din,nenek Aris tu jahat sangat."

"Tak baik ka cakap orang tua tu macam tu Min."

"Tahu,tapi duit yang nenek Aris bagi dekat kau tu kau guna untuk apa?"

"Aku bagi dekat Sara untuk dia beli tiket flight pergi Sabah.Masatu kakak aku yang uruskan semua.Aku kesian sangat dengan Sara masa tu Min.Kalau kau tempat aku,kau akan buat benda yang sama."panjang lebar Din ceritakan pada Hazmin.

"Lepastu Aris tak marah kat kau ke buat macam tu.?"soal Hazmin.

"Marah sangat.Baru sekarang ni lah aku contact balik dengan Aris.Aku cerita satu persatu dengan dia."

Hazmin terdiam.

"Aku rasa anak dia tu sekolah dekat dengan sekolah anak aku.Mungkin sebab tu aku terserempak dengan dia masa jemput anak aku balik sekolah." kata Hazmin

"Ok macam nI.Nanti bila kau jemput anak kau balik,kau perhatikan lah dia.Lepas tu kau follow dia sampai rumah.Lagi senang nak cari." cadang si Din

"Kau nak aku mampus ke?Kau belum kenal bini aku tu. Tahap cemburu dia,aku tidur pun dia kata aku membayangi perempuan lain.Ni pula kau suruh aku follow si Sara tu." jawab Hazmin.

"Antara kau dengan kawan kita yang lain,kau yang paling berjaya, paling pandai. Tapi bebal kau masih tebal rupanya." seloroh Din.

Hazmin terpinga pinga..

Din ketawa lagi.Kawan nya itu kalau bab lambat faham,memang jadi bahan ketawa mereka dulu.

Lewat juga mereka berdua balik dari melepak. Melihat jam sudah lewat,mereka masing masing meminta untuk pulang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience