Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu
Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antara ku dan dia
Cinta terhalang oleh orang tua
Lagu yang dimainkan di radio membuat Sara termenung panjang.Tiba-tiba dia dikejutkan bunyi hon dari kereta belakang.Sara cepat-cepat menekan pedal minyak.Lamunan nya terhenti serta merta.Kesesakkan jalan utama perlu dia harungi setiap hari.
Sara menoleh ke kerusi penumpang sebelahnya.Lena si Arissa dibuai mimpi.Dibelai Sara rambutnya,diusapnya pipi yang gebu itu.
"Maafkan mama sayang sebab lambat jemput Arissa."
Bergerak sedikit tubuh anak itu.
Setibanya dirumah,tubuh Arissa diangkat terus ke bilik tidur.Sara menoleh ke arah jam di dinding,sudah pun menunjukkan pukul 8 malam.Bermakna lebih satu jam mereka terperangkap dalam kesesakan.Kebiasaan kalau esok hari Sabtu.
Sara membersihkan diri.Usai mandi,dia ke ruang tamu rumahnya.Sara mengambil handphone lalu memesan makanan dalam aplikasi food panda.Beberapa minit kemudua,makanan yang dipesannya sampai.
Sedang Sara menjamah makanannya,Arissa bangun dari tidur.
"Mama.." panggil Arissa. Sara terus berhenti makan dan berjalan ke bilik tidur Arissa.
"Baby dah bangun?Jom makan dengan mama." diusapnya kepala Arissa.
Sara memimpin tangan anaknya ke meja makan.Disebabkan masih mamai,Arissa hanya melihat saja mamanya makan.
"Mama,tadi Sha mimpi orang."
"Sha mimpi orang? Siapa? Sha kenal ke?" Sara bertanya.
"Tak,tapi Sha panggil dia papa dalam mimpi."
Sara tersentak.Hati dia berdebar debar.
"Seronok sangat papa ajak Sha jalan." sambungnya lagi.Dari raut wajah Arissa seperti dia sangat seronok dalam mimpinya.
"Itu cuma mimpi sayang.Sha cuma ada mama."
"Tapi, kan seronok kalau ada papa.Boleh jemput Sha awal.Mama hari-hari lambat jemput Sha." Wajahnya bertukar muram.
Seperti terkena renjatan elektrik mendengar apa yang Arissa katakan.Selama ini Sara tak pernah menyebut mahupun menceritakan orang yang bernama 'papa'.Ini yang Sara takutkan,takut untuk memberitahu kebenaran.Sara diam.
"Mama.."
"Sha,masuk bilik dulu sayang.Mama dah selesai makan.Nanti mama ikut Sha ke bilik ya." Sara memotong percakapan Arissa.
Arissa akur walaupun rasa ingin tahu itu membuak.Kerana dia melihat rakan yang lain selalu dijemput oleh ayah mereka.Umur Arissa kini 4 tahun,bermaksud perasaan ingin tahu sesuatu mula wujud dalam hatinya.
Sara duduk di sebelah Arissa,dicium nya kening anaknya.
"Sha,mama tak nak Sha fikir tentang mimpi tu lagi.Sha ada mama dan mama hanya ada Sha seorang." perlahan lahan Sara habiskan ayatnya.
"Okay mama.Sha minta maaf." Arissa memeluk ibunya.
Sara + Aris = Arissa Ya ! Itu tanda cinta kita.
Share this novel
wowwww