Aku hadapi jua

Short Story Series 1487

Awal pagi Sara suda di tempat kerja kerana hari ini dia dan Patrick meeting di hotel dengan dua klien.Arissa sudah awal lagi dihantar ke taska.Begitulah bila Sara sibuk mencari kerja,sampaikan Arissa pernah merajuk ker dijemput lewat.Tapi apakan daya,dialah ayah dia jugalah ibu kepada Arissa.

"Yana,jom breakfast dulu.Kau pergi jam 9 kan?" pelawa Melissa.

Sara setuju kerana dia juga tidak sempat sarapan pagi tadi.
Ketika bersarapan,Sara dan Melissa rancak berbual.

"Aku tengok kau rapat sangat dengan Patrick.Ada apa-apa ke korang berdua?" usik Melissa.

"Ish,aku tak ada apa-apa dengan dia lah Mel.Kau ni pun."jawab Sara.

"Habis tu semalam dia update foto korang berempat keluar bersama."

"Kebetulan aku bawa Sha keluar,terserempak dengan dia.Sebelum balik,dia ajak lah makan sekali.Anak dia pun ada sama."

"Nak kat bapak,kena suka anaknya sekali kan?" seloroh Melissa.

"Wey kau ni Mel.Kalau pasal menyakat orang,kau ratu.Siapa lah nak kat aku ni.Dahlah tak cantik,single mom pulak tu."

"Okay apa.Kau single mom,dia single dad.Nanti dah kahwin,lengkap lah hidup korang."

"Pandai kau ye nak atur ini itu."

Ditamparnya bahu Melissa. Usai makan,mereka kembali ke office.

"Liza,kau bodoh sangat ni kenapa"? betak Idayu. Idayu sepupu kepada Aris.
Liza hanya diam membatu.

"Kau tahu tak siapa Sara tu? Kau tahu tak sejarah diorang?"

"Tapi,abang Aris.." belum sempat Liza habiskan ayat,Idayu mencelah.

"Senang sangat kau, ni diperbodohkan dengan abang Aris.Keluarga aku susah payah singkirkan perempuan miskin tu,kau pulak senang-senang satukan mereka balik?"

"Aku..aku minta maaf Ayu." terketar ketar suara Liza.

Hendak menangis,malu pula dengan orang yang memandang mereka. kalau lah dia tak beritahu si Diana,mungkin sepupu Aris tu tak tahu perkara ni. Dia lupa Diana satu office dengan Idayu dan dia juga lupa mulut Diana sedikit celupar.Jenis yang tak boleh simpan rahsia.

"Tak payah nak minta maaf dengan aku.Kau jawab sendiri dengan nenek nanti.Petang ni, datang rumah Aunty Mina." Idayu lalu pergi.

Liza membatu.Tak sangka, perkara ni dah sampaI kat telinga nenek Aris.Apa lagi kalau Aris tahu mengenai perkara ni. Tentu dia marah.

"Liza janji,jangan beritahu hal ni kat orang lain.cuma Liza yang abang percayakan."

tergiang ngiang pesan Aris di fikirannya ketika itu.
petang itu seperti yang dijanjikan,Liza menemui nenek Aris di rumah bakal mertuanya.Masuk saja ke dalam rumah,,dia dapat merasakan suasana dingin. Muka nenek Aris mencuka.Liza menghulur tangan untuk bersalam.Tanpa diduga,pipi kecilnya itu, ditampar dengan kuat.

Paapp!

"Dasar perempuan tak kenal dek untung!" suara nenek Aris memenuhi ruang bilik itu.

Liza yang terkejut dengan tamparan tadi,terduduk.

"Mak,apa mak buat ni? Anak orang ni mak."mummy Aris segera meluru ke arah Liza.Dia tidak menyangka ibunya sekejam itu.

"Kau tu masih belum sah jadi menantu rumah ni,tapi dah buat keputusan sendiri.Kau pasang jerat sendiri Liza."

"Dia bodoh sangat, nek.Biarkan abang aris jumpa dengan perempuan tu."tambah Idayu yang kebetulan ada di situ juga.

"Aku terima kau sebab berharap cucu aku tak terkenangkan Sara,tapi kau pula jodohkan mereka balik.Apa untungnya kau buat macam tu?" bentak Mak Yop lagi.
Hatinya panas selepas mendengar berita yang disampaikan Idayu.Serta merta juga dia datang ke bandar.
Bencinya,sakitnya hati terhadap Sara tak pernah padam.

"Aku nak kau halang Aris untuk berjumpa dengan Sara.kalau tak,aku batalkan pertunangan korang.Faham?"

Liza menangis teresak esak.Belum pernah lagi dia diperlakukan seperti itu dihadapan keluarga besar Aris.

"Mak,sudah lah.Biar diorang selesaikan sendiri masalah ni."pujuk Puan Armina.

"Mina,kau diam,."bentak Mak Yop.

Liza pergi dari rumah itu. Hatinya sedih,geram,marah,malu. hanya Tuhan saja tahu perasaan dia ketika itu.
Mak Yop semakin gelisah. Gelisah jika Aris sudah bertemu semula dengan Sara.

"Aku dah suruh Din selesaikan semua.Atau Din tipu aku?" tanya Mak Yop dalam hati.

"Ayu,nenek nak kau dapatkan nombor telefon Din.Nenek nak bercakap dengan diaSara." perintahnya.

Idayu mengangguk faham.Puan Armina hanya mampu berdoa supaya mak dia berubah.Hendak dinasihat,nanti dia pulann yang dimarahi.Hendak mengadu pada ayahnya,ayah dia pula menyokong setiap tindakan ibunya. Pening! Sangat memeningkan. Dulu dia juga terpaksa berpisah dengan ayah Aris dek kerana keluarganya mementingkan darjat.Sehingga sekarang dia hanya hidup seorang diri.sekarang giliran anaknya diperlakukan sebegitu rupa.

Kesian,cukup kasihan dengan nasib Puan Armina dan Aris Iskandar. Dunia ni tidak adil.Sanggup menghancurkan kasih sayang kerana perbezaan DARJAT.

Sanggup menghancurkan kasih sayang kerana perbezaan DARJAT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience