"Eh you dah masuk kerja?Arissa macam mana?Dah sihat?"
"Arissa dah sihat.Semalam dah temankan ke taman,nampak happy juga dia."
"Baguslah kalau macam tu."
Sara memandang wajah Patrick.
"Thanks Patrick sebab you temankan I masatu.Kalau tak,i tak tahu nak buat apa."
"Welcome Puan Ilyana. I akan sentiasa ada dengan you." usik Patrick,tapi bermakna. Dia berharap sangat Sara tahu bahawa dia mencintai Sara dari dulu lagi.
"Ewah,dua sejoli ni romantik sangat." usik Melissa yang tiba-tiba datang dari belakang.
"Ish,kau ni Mel." Sara menepuk bahu Melissa.
"Patrick,you kena lafazkan cinta you.Nanti kecewa kalau Puan Ilyana kita diambil orang."
"Mel !" Sara tersipu malu dengan usikkan rakannya itu.
"I dah pernah ajak Ilyana kahwin,cuma dia yang tolak." Patrick memberi isyarat mata pada Sara supaya setuju dengan kenyataan dia.
Melissa terbeliak. Terkejut dengan jawapan Patrick.
"Seriously? Kau tolak kenapa Yana?" Melissa menghadap ke Sara pula.
"Nonsense lah you.I tak tolak,I cuma kata I belum ready lagi."Sara menambah lagi rasa ingin tahu Melissa.
"See Melissa. I dengan Ilyana sekarang dalam proses.So you just wait and see." tambah Patrick lagi sambil ketawa. Geli hatinya melihat reaksi Melissa.
Sara juga turut tertawa. Padan muka kau Melissa.Sibuk sangat nak satukan orang.
Sedang mereka berborak,tiba-tiba telefon Sara berbunyi. Dia menjawab panggilan lalu berlalu secara terburu buru.
"Eh you nak pergi mana?" Patrick mengekori Sara.
"Arissa.." Itu saja yang keluar dari mulut Sara.
Patrick memaut tangan Sara.
"I ikut you."
Sara hanya berdiam. Kereta laju meluncur menuju ke sekolah Arissa.
Sesampai disana, Sara terus mendapatkan Arissa yang sedang menangis.
"Kenapa ni cikgu?"
"Oo,jadi kau lah mama budak tu? Aku nak cakap sikit dengan kau perempuan.Didik anak kau tu bagus bagus.Jangan kasi sakit anak orang." marah Nenek salah satu anak jagaan disitu.
"Aunty, aunty dah salah faham.Brandon yang mulakan dulu.Saya dah leraikan budak-budak ni.Tak ada yang tercedera." cikgu Dora menerangkan apa yang terjadi.
"Kalau tidak sakit,kenapa cucu saya menangis?"
"Aunty,saya minta maaf bagi pihak anak saya.."
"Brandon kata Sha tipu.Papa Sha ada.Dia tak percaya Sha." Arissa memintas.
Sara mengarahkan Arissa supaya diam.
"Oo,jadi betul lah anak luar nikah?" perli nenek itu sambil tersenyum sinis.
"Arissa tak ada papa.arissa tipu.." perli Brandon pula.
Hati Sara membuak buak mendengar kata-kata perli mereka.
"Aunty, saya dah minta maaf.Sekarang saya nak aunty minta maaf dengan anak saya.Aunty dengan cucu aunty dah perli anak saya.Aunty yang tak pandai didik cucu." marah Sara. Suaranya terketar ketar menahan marah.
"Kenapa pula saya kena minta maaf?Memang betul anak kau anak luar nikah."
"Dia bukan anak luar nikah.Dia anak saya."
Semua menoleh ke arah suara tersebut.
Ariss ! Ya,itu Aris Iskandar.
"Dia anak saya dan tak akan ada sesiapa yang boleh sakiti hati anak saya !"
Sara terkaku. Patrick bingung. Siapa lelaki itu?
Nenek itu terus beredar melihat kehadiran tiga lelaki itu. Aris,Din dan Hazmin.
"Sara.."
Bagaikan mimpi,tapi itulah realiti. Aris yang dirindui betul-betul berada didepannya.
Sara memimpin tangan Arissa.
"You,jom pergi."
Patrick hanya menuruti Sara.
Ketika dalam kereta,Sara hanya diam.
"Mama,uncle tu siapa?Dia papa Sha ke,?" Tanya Arissa memecahkan kesunyian.
Sara menglamun. Patrick pula juga turut berdiam.
"Mama,Sha tanya ni.."
"Diam !" bentak Sara.
Arissa terkedu, Patrick juga terkejut.
Ini pertama kali Arissa dibentak keras oleh ibunya. Dia mula menangis.
Semakin lama semakin Sara menyampah dengan tangisan Arissa.
Dia menoleh ke belakang dan membentaknya sekali lagi. Arissa yang terkejut dan ketakutan menurut saja.
"You,jangan lah marah anak."
Sara menjeling Patrick. Sangat tajam.
"Hantar I balik."
itu saja yang dapat keluar dari mulut Sara.
Sesampai dirumah, Sara terus masuk ke rumah tanpa menghiraukan Patrick dan Arissa.
Patrick lalu pergi mendapatkan grab.
"Arissa,mama dah kata Arissa tak payah sibuk siapa papa Arissa.Mama dah kata papa Arissa jauh."
Arissa tersedu sedu.
"Sekarang Sha ada mama saja.Sha faham tak ni?" marah Sara.
Hatinya panas,marah,sedih,terkejut.
Kenapa Aris tiba-tiba muncul diwaktu dia dan Arissa diperli?
Mungkinkah Aris mencari dia dan Arissa?
Atau mungkin itu kebetulan sahaja?
Aku tak percaya. Kau datang kembali bagaikan mimpi
Share this novel