"Kenapa abang Aris ni tak jawab call Liza ?" Omel Liza dalam hati.
Dia cuba mendail nombol telefon Aris.Sudah kelima kali dia cuba menghubungi Aris,namun masih tidak dijawab. Akhirnya dia mengalah.
"Abang Aris dah jumpa ke dengan perempuan tu?" Tanya dia dalam hati.
Tergiang-ngiang kata- kata nenek Aris haritu.
'Betul ke cinta mereka masih ukuh?'
'Adakah cinta mereka berputik kembali?'
Liza resah.
Malam itu,selesai mandi telefon Liza berbunyi. Tertera nama Aris Iskandar di skrin telefon.
"Hai awak, apa khabar?" Sapa Aris lembut.
"Liza sihat,bang.Abang sihat?"
"Abang sihat.Liza tadi call abang, telefon abang tertinggal dalam kereta.Sorry." jelas Aris.
"Tak apa bang.Liza faham."
"oh ya,kenapa Liza Call abang?"
"Liza... Liza cuma nak tahu keberadaan abang je.Abang jarang dah call Liza.Abang.. busy sangat ke ?"
Aris tergelak kecil.
"Maaf lah, abang busy sangat.Dalam satu hari tu,jadual abang padat."
Liza mengiyakan saja.
"Liza marah abang ke ni?"
"Tak lah. Liza cuma rindu.."
"Kesian.." dengan nada mengusik
"Apa pula kesian? Memang Liza rindu."
Aris tergelak besar. Lucu buatnya bila tunangnya itu merajuk. Tambahan lagi Aris memang suka sangat mengusik Liza.
"Sorry sayang."
"Hemm.."
"Liza,abang ada benda lah nak tanya."
"Apa dia bang?" Jawab Liza. Hatinya tiba-tiba gementar.
"Liza ada beritahu sesiapa tak berkenaan abang nak jumpa Sara?"
Liza diam. Aris menunggu jawapan Liza dengan tenang. Dia tahu mungkin tunangnya itu sunyi selepas pemergian dia ke Sabah.
"A..ada bang. Tapi Liza.."
"Tak apa lah.Abang dah tahu dah hal dirumah mummy haritu."
Liza sedih terkenangkan kejadian haritu.
"Liza, sebab tu abang tak benarkan Liza beritahu sesiapa hal ni.Sebab abang tak percaya pun dengan sesiapa kecuali Liza. Biarpun mummy,atok,nenek,Idayu atau siapa saja family abang, kalau berkaitan dengan Sara memang jadi kecoh."
Liza diam
"Liza,abang minta maaf bagi pihak nenek. Sekarang Liza dah faham kan kenapa abang sembunyikan dari mereka? Tak pasal pasal Liza yang kena."
"Liza... Minta maaf." Air matanya mengalir,namun ditahan supaya tangisan dia tidak didengat oleh Aris.
"Tak apa Liza. Mulai dari harini,Liza jangan percaya dengan sesiapa pun. Liza percaya dengan abang, dan abang pun hanya percaya dengan Liza." Aris memujuk Liza sebelum mereka menamatkan perbualan pada malam itu.
Liza merebahkan badannya ke katil. Pandangannya kosong.
'Aku tak boleh fikir bukan bukan pasal abang Aris. Dia percaya aku dan aku akan percaya dia.Aku tunang dia yang sah.Takkan ada orang lain yang boleh merampas abang Aris dari aku.'
Aris Iskandar, kau aku punya !
Share this novel