Indahnya cinta kita

Short Story Series 1487

"Abang Aris,kenapa tiba-tiba jemput Liza awal?"

"Jemput awal pun salah ke?"

"Eh,tak cakap salah pun.Cuma bertanya je." Aris tersenyum memandang tunangnya Liza.Mereka pun pergi ke sebuah restoran 3 bintang untuk makan malam.

"Amboi,mimpi apa malam ni ajak Liza makan sini?Ni mesti ada apa-apa ni?" Liza memandang Aris.Aris ketawa melihat Liza tertanya tanya.

"Ala,nak ajak dating pun banyak tanya pulak.Kan seminggu selepas bertunang,abang sibuk sampai ada sorang tu merajuk sebab tak jumpa.Dah jumpa banyak tanya pulak." sindir Aris.

Liza ketawa,malu sebab dia yang Aris maksudkan.

"Mana ada merajuk.Cuma rindu." Liza tersengih.Aris suka sangat menyakat Liza.Apa lagi si Liza memang senang diajak bergurau.Kalau merajuk pun tak lama.

"2 bulan lagi Liza jadi isteri abang yang sah.Liza dah sedia tak?"

"Amboi,jadi tunang abang dah macam dah jadi isteri yang sah.Cuci baju abang,kemas rumah abang.Abang siap tanya Liza sedia ke tak." Liza menjeling Aris.Berdekah ketawa si Aris mendengar jawapan Liza.Selesai makan,Aris dan Liza masih berbual.

"Liza,abang nak cakap sesuatu.Liza dengar dengan tenang tau."
Liza menganguk dan menatap mata Aris.

"Abang kena pergi Sabah dua bulan.Jadi kita kena ber
jauhan tau." Liza hanya mengangguk saja kerana dah terbiasa berjauhan dengan Aris atas hal kerja.

"Tapi ada lagi yang abang nak beritahu." Aris memandang wajah tunangnya itu.Nampak tenang saja.Beruntung sangat dia dipertemukan dengan seorang gadis yang memahami.Tapi Aris tak pasti jika hal yang dia ingin sampaikan diterima oleh Liza.

"Abang cakap lah,Liza dengar ni." Liza tetap tenang dan senyumnya tak lekang di bibir.

"Liza ingat tak abang pernah cerita pasal Sara?"

Mata Liza terbeliak dan hatinya bedegup kencang.

"Kenapa dengan Sara,bang?" Sudah lama nama itu tidak disebut Aris didepanya.Masa mula-mula perkenalan mereka,Sara lah yang menjadi topik pertama perbualan mereka.

"Abang dah tahu Sara kat mana.Selama 4 tahun dia menghilang,abang baru tahu khabar dia minggu lepas." Aris nampak tenang,tapi hatinya bercelaru. Liza diam.

"Abang nak minta izin dekat Liza,abang nak jumpa dia dengan anak abang untuk kali terakir.Liza benarkan tak? Kalau Liza tak setuju,abang takkan pergi." Aris tunduk.Rasa bersalah tu sangat besar,tapi keinginan untuk berjumpa Sara tinggi.

Kisah dia dengan Sara tidak pernah hilang di ingatannya.Sara perempuan yang sangat Aris sayang ketika dulu.Disebabkan hubungan mereka tidak direstui kelurga Aris,sampai Sara pergi membawa diri dan hamil anak mereka berdua.

"Liza setuju bang.Walaupun hati ni berat nak abang jumpa dengan Sara balik.Tapi kalau abang nak jumpa mereka untuk kali terakhir,Liza redha dan benarkan abang pergi."

Berat sangat hati Liza setuju dengan permintaan Aris,tapi Liza bukan jenis orang yang cepat 'negative thinking'.

"Liza ikhlas ke ni?" Aris ingin kepastian.

"Ikhlas lah bang.Tapi,abang kena janji tau jangan rosakkan kepercayaan Liza pada abang?"

"Abang janji sayang.Terima kasih kerana memahami abang."

Aris mengusap tangan Liza.Dari dulu lagi,Liza tak pernah sekali pun untuk todak memahami kerana Aris lelaki pertama yang dia sayang.

Kau sempurna dimataku. Tapi, dihati masih ada dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience