Aku sentiasa ada

Short Story Series 1487

"Min,tolong aku Min."suara Din tergetar getar.

"Tolong apa,? Kau ni dah kenapa Din?" Hazmin pelik dengan tingkah laku Din.

"Kalau kau dah dapat nombor Sara,tolong jangan bagi dekat Aris."

"Kenapa tak boleh bagi nombor Sara dekat aku?"Aris muncul tiba-tiba. Seperti yang dijanjikan,hari ini mereka bertiga berjanji untuk makan malam bersama sambil melepak.

Din terkejut.Ketar lututnya melihat wajah Aris.

"Jawab lah din.aris tanya tu." sampuk Hazmin.
Din masih berdiam diri.

"Encik Saifudin, kau dengar tak aku tanya ni?" suara Aris sedikit tinggi.

"Jom duduk dulu.Sambil tu biar Din cerita.Kau jangan lah tinggi suara pula Aris.Dengar dek orang."sampuk Hazmin lagi.

Din dan Aris mengikut saja langkah Hazmin.Fikiran Din bercelaru.Nak diberitahu nanti,takut dimarah pula dengan si Aris.Kalau diberitahu,susah pula dengan nenek Aris.

"Haah,kau cerita la din.Kenapa kau halang aku bagi nombor Sara dekat Aris." sambung Hazmin.

"Eh,kau dah dapat nombor dia ke Min?" tanya Aris.

"Belum lagi.Tapi aku ada benda nak cakap dengan kau.Tapi tunggu Din dulu jelaskan."

Hazmin dan Aris memandang Din yang dari tadi diam.Mukanya pucat,

"Sebenanya Ris.."

Aris memandang dengan sabar.

"Nenek kau.. Dia call aku....dia dah tahu kau nak cari Sara."

Aris terkejut.Niat dia untuk bertemu Sara hanya Din,Hazmin dan Lizaa.

"Liza...." Aris teringat Liza.

"Liza tu sapa Ris?" tanya Hazmin.

"Tunang aku.Tapi takkan dia beritahu nenek aku,."

"Aku.. tak tahu siapa yang beritahu nenek kau Ris.Tapi sekarang aku tersepit Ris."

"Nenek kata apa kat kau?"

"Dia..dia nak aku undur supaya tak tolong kau cari Sara.Kalau tak..."

"Kalau tak,apa ?" celah Hazmin yang dari tadi kusyuk mendengar.

"Kalau tak,dia nak aku bayar semua wang yang dia bagi dulu masa dia suruh Sara..gugurkan kandungan.Lagipun Ris kau tahukan aku tak gunakan duit tu."menjelaskan cerita sebenar.

Mereka bertiga terdiam sejenak.

"So,macam mana Ris?" tanya Hazmin.

"Aku..aku minta maaf Ris." Din memegang bahu kawanya itu.

"Berapa duit yang nenek bagi kat kau dulu?"

"Lima ribu..." Din tunduk.

Aris peka sangat dengan sikap neneknya itu.Dia sanggup berbuat apa saja kalau benda tu dia tidak mahukan.

"Kalau nenek nak kau bayar duit tu,aku bayarkan untuk kau.Cuma sekarang aku nak kau berdua tolong aku cari Sara.Aku..aku cuma nak jumpa anak aku.." Aris tunduk.

Walaupun dia tidak pernah mengetahui raut wajah anaknya,namun nalurinya selalu merindui anaknya itu.
Dia rasa bersalah sangat, dek kerana sikap neneknya sampai sanggup pisahkan mereka bertiga,

"Aku dah nak kahwin dah, bro.Aku nak sangat tengok wajah anak aku tu."sambungnya lagi,.

Hazmin mengusap bahu Aris.Kesian dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu.

"Din,aku nak berterima kasih dekat kau.walaupun kau jauhkan Sara dari aku,kau dah selamatkan dia dari Nenek.Kalau tak,aku tak tahu apa yang akan terjadi."

"Aku buat sebab korang berdua sahabat aku Ris.Lagipun aku tahu mana baik mana buruk."

Hazmin memandang muka kedua sahabatnya itu.

"Oh ya!Baru aku teringat."

Din dan Aris memandang Hazmin. Hazmin mengeluarkan telefon lalu menunjukkan gambar kepada Aris.

"Aku syak dia dah kahwin lah bro.Kau tengok ni,nampak akrab.Dah macam laki bini."

Aris meneliti gambar yang ditangkap oleh Hazmin.

"Sara..." ucapnya dalam hati.Rindu pada susuk tubuh ni sangat berat.

"Tapi mana gambar anak Sara Min?" tanya Din.

"Aku ambik masa anak dia tengah bermain.So,dia tak ada dalam gambar."

"Aris masih menatap wajah insan yang sangat dirinduinya itu.

"Aris,kau jangan risau,.Anak kau comel.Rambut kerinting macam kau." pujuk Hazmin.

"Aris,aku janji dengan kau aku tolong kau jumpa dengan Sara.Tapi satu syarat."

Aris memandang Din.

"Syaratnya ,kau sekadar berjumpa dan ucapkan selamat tinggal dekat dia.Kau dah nak kahwin Ris.Sara pun mungkin bahagia sekarang dengan orang lain."

"Aku...aku janji.Aku cuma nak peluk,cium anak aku.Aku nak dia tahu,aku bukan buang mereka dalam hidup aku.aku juga nak dia tahu akulah ayahnya." tanpa disedari air matanya mengalir.Sebak. Dia taknak anaknya itu senasib dengannya.Sampai sekarang,Aris sendiri tidak kenal siapa ayah kandungnya itu.

Arissa menangis teresak esak.Sudah puas dipujuk,tapi masih juga dia tidak berhenti menangis.

"Baby kenapa ni sayang?Sakit kat mana?"pujuk Sara.

Arissa masih lagi menangis sambil memegang dadanya.Sara melihat tingkah Arissa begitu,dia lalu membawa Arissa ke klinik.Sesampaj di klinik,Arissa diperiksa oleh jururaat dan doktor yangyang bertugas.

"You, Arissa macam mana?" sapa Patrick.semasa perjalanan ke klinikya,Sara menghubungi Patrick.

"Entahlah.Dari tadi menangis tak henti.I risau."

"Takpa, you duduk sini.I belikan air sekejap."pujuk Patrick.

Dia memimpin tangan Sara.Kemudian dia bergegas ke kantin berdekatan,.Tidak lama kemudian,dia sampai dengan sebotol air.
Diberinya ke Sara.

Lepas permeriksaan,doktor yang bertugas pun memanggil Sara.

"Keadaan anak puan tak ada yang perlu dirisaukan.Suhu semua okay saja puan.Mungkin dia penat.Cuma kita tak tahu apa yang dia rasakan."ujar doktor.

Sara terus mendapatkan Arissa.Arissa sedang lena tidur.Dicium lalu diusapnya anak itu.
Selesai membayar bil,Patrick menghantar mereka pulang.

"Nanti you balik naik apa?"

"Nanti call grab."

Sara memeluk tubuh anaknya.

"I rasa bersalah sangat dengan Arissa."

"Why?"

"I busy dengan kerja.I kurang beri perhatian dengan dia.Mungkin tu dia stress."

"You esok ambil lah cuti,.Temankan dia sehari dua."

Sara mengangguk.
Sampai dirumah Sara,Patrick terus call ke grab. Sambil menunggu,dia dan Sara berbual sekejap.

"You pun rehat.Kalau ada apa-apa call I."

"Thanks Patrick."

selepas Patrick pergi, Sara terus melabuhkan badanya disebelah Arissa.Dia terlena.

"Sara,saya rindu..."

Sara terbangun dari mimpi. Mimpi yang membuat dia resah,sedih,rindu.
Kenapa sejak akhir ini dia kerapdan bermimpi Aris.
Empat tahun hubungan mereka terlerai begitu saja.Khabar Aris pun dia taktau pernah terima.Apa yang dia tahu,Aris kini mungkin masih di luar negara.Mungkin juga dia sudah ada penganti dirinya. Mungkin juga sudah berkeluarga. Namun hati ini masih merindu akan sosok tubuh insan yang dicintainya.

"Mama.."rengek Arissa

"Baby,how are you today sayang?"

Arissa hanya memeluk ibunya.

"Mama,Sha taknak school.Tak nak jumpa kawan and teacher."

"Why?" Sara sedikit tertanya-tanya. Setahu Sara, Arissa paling seronok bila hendak dihantar ke Pre-School.

Arissa hanya menggeleng kepalanya.

"Okay,harini mama tak kerja. Mama nak teman anak mama dirumah."
Wajah Arissa sedikit gembira. Namun hati Sara masih tertanya-tanya kenapa Arissa tidak seronok untuk ke sekolah.

Selesai masak,mengemas rumah Sara duduk di sofa sambil memerhatikan Arissa bermain diruang tamu.
Dia mengambil telefong bimbitnya lalu mengirim Whatsapp ke cikgu Dora.
Namu selepas menerima balas dari Cikgu Dora,baru Sara tahu kenapa anaknya tidak mahu ke sekolah. Sara perlahan lahan mendekati Arissa.

"Baby.." panggil Sara manja.

"Mama nak tahu kenapa baby taknak jumpa kawan-kawan?Baby cerita dekat mama."

Arissa masih berdiam diri.Melihat respond Arissa begitu,Sara membatalkan niatnya untukna meneruskan pertanyaan berkenaan apa yang terjadi di sekolah.

"Sebab Sha tak ada papa.kawan ejek Sha tak ada papa."

Sara menoleh semula. Sara memeluk badan Arissa dengan lembut lalu dihadapnya bersemuka dengan nya.

"Baby,papa Sha ada.Cuma papa jauh dari kita."

Arissa kelihatan gembira mendengar apa yang dikata ibunya.

"Betul mama? Macam mana rupa papa Sha?"

"Papa Sha sebijik macam Sha.Suka merajuk,penyayang,rambut kerinting..." hati Sara sebak.

Terbayang wajah Aris. Tidak dinafikan wajah Arissa sebiji wajah Aris. Dari sifat yang penyayang,selalu mengambil berat tentang dirinya.Kalaulah jodoh mereka kuat,mungkin sekarang mereka sangat bahagia.

"So,Sha tak boleh lah marah kawan-kawan bila diorang kata Sha tak ada papa.Sebab diorang taktau pernah jumpa papa Sha."sambungnya lagi.

"Okay mama.Nanti Sha nak beritahu kawan yang Sha ada papa." wajah Arissa kembali ceria

Disaat aku lemah,kau pimpin aku sehingga kembali kuat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience