Kenangan itu..

Short Story Series 1487

"Sara,Aris tunggu kau kat tempat biasa." Din menyampaikan pesanan pada Sara.Sara mengangguk. Petang itu,Sara pergi ke tempat yang dijanjikan.

"Kenapa nak jumpa Sara?" tanya Sara.

"Awak,kita ada benda nak cakap lah."

"Cakap lah,Sara tak boleh lama ni.Nanti tengok dek orang kampung."

"Yelah.Nak cakap lah ni."

"Cepatlah.Kalau tak cakap juga,Sara balik." muncung si Sara dengan sikap Aris yang suka mengusik dia.

"Kita nak cakap,kita next week ikut mummy di bandar." Aris memandang wajah Sara.

"Awak tinggalkan Sara sorang kat sini ke?"

"Tak.Kita pergi sana sebab nak kerja.Kan dah tamat sekolah kan.Kita nak cari duit,nak kahwin dengan awak." usik Aris.

"Yelah tu.Nanti sampai sana,lupa Sara.Lepas tu dapat girlfriend baru.Lagi cantik dari Sara.Lelaki kan,semua janji manis."

"Oo,ada orang cemburu." usik Aris.Sara memukul lembut bahu Aris.Sedih juga Sara mendengar berita yang disampaikan oleh Aris.Hari hampir senja, Aris dan Sara pun balik ke rumah masing masing.

"Aris pergi mana tadi?" tanya nenek nya.

"Jumpa din tadi nek.Nak ucap selamat tinggal kat dia."

"Jumpa din atau si Sara tu?Haah,bagus lah ari pergi ikut mummy di bandar.Tak juga Aris sibuk bercinta dengan Sara tu."

"Nek,kenapa nenek tak suka dengan Sara?"

"Bukan dengan si Sara aku tak suka,satu keluarga dia aku tak suka.Mereka tu miskin,mana layak bergaul dengan kita."bentak nenek Aris. Aris terdiam,terkejut dengan jawapan dari neneknya.

"Kau jangan nak tergilakan Sara tu.Dari kecik aku bela kau Aris,jadi manusia berguna.Bukan macam Sara tu,tak ada masa depan lansung.Mak ayah dia bukan berduit pun nak sekolahkan dia."

hati Aris tergurus dengan apa yang keluar dari mulut neneknya.Ya,mereka keluarga ternama.Atuknya penghulu kampung yang disegani,berharta dan berpendidikan tinggi.Sebut saja Penghulu Borhan,satu kampung tunduk.
2 hari sebelum Aris pergi,mereka berjumpa lagi di tempat biasa.

"Awak tak nak ikut saya ke Sara?Nanti kita cari kerja sama sama.Mummy saya okay je kalau awak ikut."

"Tak nak lah.Nanti apa pulak kata family awak." Sara tunduk.

"Kan saya kata mummy saya okay.Awak jangan la takut." pujuk Aris.

Sara menolak pelawaan Aris.Aris sedih tinggalkan Sara di kampung.
Selepas Aris pergi, Sara rasa sunyi.Hanya melalui habdphone saja tempat melepas rindu masing masing.

Suatu hari,Sara menelefon Aris.
"Awak,ibu kita sakit.Sekarang Sara dekat hospital,handphone Sara low battery.Nanti kita call awak ye." Sara memutuskan perbualan mereka berdua.

Ibu Sara puan Rina dimasukkan ke hospital kerana tercedera di kaki semasa sedang melakukan kerja rumah.
Seminggu juga ibu Sara di hospital dan Sara lah yang menjaga ibunya.
Sara merenung wajah ibunya.Ditatapnya wajah ibunya yang sedang lena dibuai mimpi.

'Nanti ibu keluar hospital,Sara cari kerja tolong ibu dengan ayah.' katanya dalam hati.

Sara bukanlah antara anak kesayangan ibu dan ayahnya dek kerana dia tidak sepandai adik beradik yang lain,tetapi bila orang tuanya sakit mahupun minta tolong dia sentiasa ada untuk mereka.
Sedang Sara mengelamun,tiba-tiba handphone berbunyi.

"Hello, awak buat apa?" Tanya Aris.

"Ni ha baru je nak rehat.Awak tak kerja ke harini?"

"Saya cuti,nak jeguk awak dengan ibu dekat hospital."

"Eh,awak tak payah lah tipu saya.Takkan sanggup jauh datang sebab nak jenguk ibu kat sini." Sara malas nak percaya dengan Aris sebab Aris ni manis kalau berkata-kata.

"Awak tak percaya dengan saya ketau?Cuba keluar dari wad sekejap."
"Taknak lah.Awak tipu."

"Cepat lah,saya dah nak sampai ni.Lagipun saya tak tahu wad ibu kat mana."

Sara bangun dari tempat nya lalu berjalan keluar.Dia menjenguk keluar sedikit,tapi kelibat Aris tidak kelihatan.

"Awak tipu!saya dah kat luar ni..Tak nampak pun awak. "

Talian diputuskan. Sara muncung.Dah sah Aris cuma mempermainkan dia.Baru saja nak masuk ke dalam,dia terdengar namanya dipanggil.
Kelihatan susuk tubuh orang yang sangat dia rindui datang menghampiri dia.

"Sayang.." panggil Aris sambil tersenyum.

Sara? Tergamam,tak percaya,terharu dengan kehadiran Aris.

"Mana pernah saya tipu awak? Ni kan saya dah sampai." Aris berdiri didepan Sara.

Sara lansung tak percaya,tapi dalam hatinya menanggung rindu yang berat.Ingin saja dia memeluk Aris. Air matanya tumpah.

"Laa,kenapa nangis? Rindu saya ke?" tanya Aris.Sara mengesat air matanya.

"Awak kenapa datang sini?" Sara bersuara.

"Kan nak jenguk ibu.Lagipun datang sini sebab ada yang merindui." usik Aris.

Diusapnya rambut Sara. Sara tersenyum. Rindu, sangat rindu.
Sara mempelawa Aris masuk untuk bertemu ibunya.Oleh sebab ibu masih tidur,Aris melarang Sara untuk mengejutkan ibunya.
Mereka duduk sambil bertanya khabar.

"Lama ke awak cuti?"tanya Sara.

"Esok balik lagi tapi malam baru jalan.Kenapa?"

"Takde lah.Ingatkan lama.Susah susah je minta cuti sebab nak jenguk ibu."

"Mana susahnya.Lagipun lama tak balik kan lepas kerja."

"Kerja sana ok tak?"

"Boleh lah.Kerja tak lah berat sangat,cuma yang berat rindu kat awak." Aris memandang tepat ke mata Sara.Sara malu.

"Awak, awak ikut saya kerja sana.Nanti kita tinggal dengan mummy ye."pelawa Aris.

"Ingatkan nak kerja lepas ibu sihat,tapi tengok la kalau ibu izinkan."

Lewat juga Aris balik ke rumah. Sesampainya dirumah, Aris menghempaskan tubuhnya di katil.Fikirannya memikirkan cinta hatinya Sara. Akhirnya dia terlena.

Pagi itu,Aris bangun awal kerana niatnya nak ke hospital semula
. "Awal cucu nenek bangun.Nak pergi mana?" sapa Mak Yop,nenek Aris.

"Nak jalan jalan dulu nek sebelum pulang."jawab Aris.

"Pergi la,tapi kau jangan pula datang cari si Sara tu."
Aris diam.

"Dengar tak apa nenek cakap ni?" Aris cuma mengangguk.

"Apa lah yang digilakan dengan anak Osman tu? Hairan aku." katanya sendirian.

"Awak,kita nak pergi ni.Atuk bawa jalan petang ni." kata Aris.Mereka berdua duduk di kantin hospital.

"Bila awak balik sini lagi?" tanya Sara.

"Entahlah.Kalau keputusan SPM keluar,ada lah saya balik lagi.Kenapa?" tanya Aris kembali.

"Saja tanya.Tak boleh ke?" usik Sara.

Handphone Aris berbunyi.Lepas menjawap panggilan,Aris meminta untuk pergi.

"Sayang,awak jaga diri tau.Kalau ibu dah sihat,awak ikut saya ke bandar."
Sara diam,tunduk menahan sedih.

"Nah,ni sedikit belanja untuk sayang.Beli yang patut tau.Makanan ke,baju ke.Make-up tak payah,dah cantik dah tu." usik Aris lagi.

Dua keping duit RM 100 dihulur ke Sara.

"Takpa la awak.Saya tak boleh terima duit dari awak."tolak Sara.

"Ambil lah,buat belanja.Kalau awak tak terima,saya merajuk ni." Aris acah acah merajuk.

Sara tersenyum melihat gelagat Aris.
"Yelah, saya terima. Terima kasih awak sebab dah, datang jenguk ibu." ucap Sara.

Mereka pun berpisah disitu. Sara melihat Aris pergi dengan hati yang berat.Bila lagi dia dapat bersua muka dengan Aris. Hanya handphone tempat melepas rindu.

Kau panggil S.A.Y.A.N.G , Aku tersenyum !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience