BAB 1

Romance Completed 9712

Nada dering lagu Foo Fighters, ‘’Best Of You’’ bordering lalu dijawabnya.
“Ian, malam ni jadi tak dinner dekat club house? Please say yes kawan. Family aku semua ghaib malam ni. Attend majlis makan malam company lain. Aku ada satu voucher lagi lebih ni”. Rayu Amir.
Ian Luth berfikir sejenak dengan posisi telefon bimbit berubah ke telinga kiri.

“On je tapi sekali dengan adik lelaki aku tu lah. Kesian pulak kat dia, tak kan nak makan malam dengan bibik”. Jawab Ian sambil memandang Nazim yang sedang bermain kereta kawalan jauh.

“Tara hal. Budak-budak masuk free je. Kira jadi lah ni? O’right”.

Talian dimatikan.

ROYAL SELANGOR Golf Club.
Irfan Makki sedang sibuk melagukan lagu yang berjudul You and I di dalam ceruk telinganya. Lagu kesukaannya kini. Sangat mendalam lirik lagunya. Setiap patah yang dibicarakan seorang lelaki di hadapan tidak dipedulikan. Dia hanya perlu membuat muka seperti orang yang khusyuk mendengar arahan lelaki itu agar tidak terkantoi di hadapan kawan-kawan yang lain. Ucapan lelaki itu yang banyak berdasarkan kertas sudah pun habis dan bersurai.

Terus kepalanya ditoleh ke arah sahabat baiknya ini.

“So, task kita apa? Please janganlah makanan berat”.

Butang ‘pause’ ditekan setelah mengajukan soalan.

Intan menggeleng-gelengkan kepala.

“Aina, kau dengar lagu lagi time orang bagi arahan? Ish budak ni. Kita dapat bahagian minuman and dessert sikit”. Mata Intan sudah memandang ke arah tali earphone yang menyambung terus ke telingan rakannya ini.

Alhamdulillah, nasib baik tak dapat makanan berat. Dah lah aku ni jadi bidan terjun je. Pandai masak sikit-sikit je. Tup-tup hari ni terus kena jadi chef. Aku ni kalau pegang graspers ke scalpels ke aku reti la tapi kalau nak kena pegang senduk, kuali ni kureng lah sikit.

“Aku sediakan air okay? Kau sediakanlah pencuci mulut”. Cadang Aina.

Pantas Intan menggelengkan kepala.

“Oit, mana boleh. Sama-sama”.

Aina mencebik.

“Baiklah…’’

Segala bahan-bahan telah pun disediakan. Antaranya : Telur, gula, tepung kastard, tin buah-buahan, air kordial. Intan pandang Aina. Aina tak pandang Intan balik. Haha. Masing-masing tengah fikir menu yang sesuai. Jeling gerai sebelah. Anak-anak dara tu dah start hiris bawang, minyak pun tengah panaskan. Jeling gerai depan. Tiga anak teruna dah mula buat doh. Jeling gerai sendiri. Bahan-bahan elok tersusun.

“Nak buat apa ni? Nasib baik dapat benda simple, tak payah terburu-buru sangat”. Tutur Intan.

Aina mengangkat kedua-dua keningnya.

“Benda simple? Satu idea pun tak masuk lagi ni. Kau?”

Intan menjungkit bahu.

Jemari Aina mengetuk-ngetuk meja. Sling bag nya yang bercorakkan gambar Buah Berry di ambil seketika. Telefon bimbit diambil dari dalam perut beg sandang itu. 3 miss call? Nombor yang sama. Dibiarkan sahaja.

“Berry”. Ujar Intan sepatah.

Terangkat kening kanan Aina.

“Kau memang gila Berry ek?” Tegur Intan sambil menoleh ke arah beg sandang, keychain dan pin-pin yang tersemat di beg sandang milik Aina.

Aina tersengih. Lantas dengan itu, dia memetik jari.

“Yes. I have an idea”. Ujar Aina sambil memetik jari.

“Please refrain from the ridiculous idea”. Gurau Intan.

Aina mengerut dahi.

“Tak baik tau. Listen to this great idea. Aku cadang nak buat dua air special yang biar menjadi rahsia dulu and kita buat kek marble. Amacam? Sekarang tengah agak famous kan kek marble ni?” Cadang Aina sambil mengangkat-angkat kening.

Intan mengukir senyuman.

“Aina, kau rajin tak nak buat ice blended? Aku rasa mesti dapat sambutan punya. Hari tu kau buat dekat aku, masing terasa sampai sekarang tau tak? Sedap gila yang ada rasa-rasa Berry tu. Ingat tak?” Soal Intan apabila Aina sedang berfikir sesuatu.

Aina tersenyum.

“La… dah lama dah tu. Dua bulan lepas. Sampai sekarang terasa? Pergh. Ni yang hidung nak kembang ni”. Gurau Aina.

Rancangan sudah diatur baik. Resipi pudding marble ibu Aina pun masih mampu diingat. Kalau lupa pun, kita tanya je Mr Google. Hehe. Dunia sekarang sudah mudah. Taip sahaja, dapatlah jawapannya. Sekarang hanya ada satu masalah.

“Customer tak makan oranglah. Dorang telan daging haiwan bukan daging orang. Apa yang kau nak cuak?”

Bancuhan jus istimewa dikacau-kacau Aina.

“Tak reti lah nak beramah mesra dengan customer ni”. Jawab Aina.

“Just smile and ikut apa yang dorang nak. Dorang nak kek, kau hulur lah kek. Susah sangat ke? Kau bukannya perlu berborak-borak panjang dengan dorang”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience