BAB 9

Romance Completed 9712

MAJLIS pernikahan dan persandingan sudahpun selesai diadakan. Faris sememangnya menjadi sasaran Aina. Bukannya dia ingin memarahi lelaki itu tetapi dia berasa geram. Dia memang inginkan perkahwinan seperti ini. Bercinta selepas berkahwin pasti lebih menarik. Keputusannya juga berdasarkan pandangan kedua-dua ibubapa nya yang selesa dengan kehadiran Ian semenjak kes prank dulu. Dan kalau korang semua nak tahu, si Ian ni dah meluahkan perasaan dia terhadap Aina ini kepada Encik Ilyas a.k.a ayah Aina sebelum dia melangkah keluar dari rumah Aina pada malam kes prank itu.

Rumah mewah tiga tingkat ini sudah menerima dua orang penghuni. Aina sedang mengemas pakaian untuk dimasukkan ke dalam almari. Pinggangnya dirangkul dari belakang. Aina sedikit terkejut.

“Saya nak jawab soalan awak ni. Kalau betul, bagi hadiah tau”. Tutur Ian halus di telinga Aina.

Aina membisu.

“Awak tanya, apakah rahsia lain di sebalik lafaz nikah, ‘Aku terima nikahnya Aina Malyka binti Ilyas dengan senaskhah Al-Quran’ kan?”

Aina membisu lagi. Sememangnya debaran jantungnya melebihi kelajuan biasa.

“Jawapannya ialah ‘Aku tanggung dosa-dosa Aina Malyka dari ibubapanya, apa saja dosa yang Aina Malyka buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku akan tanggung dan bukan lagi ibubapa Aina Malyka dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak ku, jika gagal maka aku fasik, dayus, aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah”. Lancar bicara Ian dengan nada membisik namun jelas setiap butir perkataannya didengari si isteri.

Berlinangan air mata Aina saat mendengar jawapan yang diberikan. Lantas dia memeluk suaminya dengan air mata yang berlinangan. Ian membalas pelukan daripada Aina dan mengusap kasih belakang Aina.

“Saya berikan soalan ini supaya lelaki yang bakal mengahwini saya sedar akan tanggungjawab berat yang ditanggungnya. Saya takut, saya bakal menjadi penyebab awak menjejakkan kaki ke neraka. Saya takut…”. Balas Aina dengan mutiara jernih turun dari sepasang mata bundarnya.

Ian mengusap-usap belakang isterinya dan mencium kepala isterinya.

“Dengar sini sayang, InsyaAllah saya akan cuba jalankan tanggungjawab saya dengan baik dan saya amat memerlukan kerjasama daripada sayang. Kita sama-sama akan bawa cinta kita ke syurga. InsyaAllah”. Lembut tutur kata Ian yang membuatkan air matanya sudah mula ingin berhenti turun.

Ian merenggangkan pelukan dan menyeka air mata yang singgah di pipi isterinya.

“Okay, jawapan saya betulkan? Saya nak hadiah”. Ujar Ian lalu menutup lampu bilik dan meninggalkan lampu meja sahaja yang bercahaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience