BAB 10

Romance Completed 9712

Aina Malyka meletakkan cawan yang mengandungi air teh itu di atas meja makan tepat di hadapan si suami yang sedang menekan skrin Samsung Galaxy. Aina melabuhkan punggung di kerusi yang terletak bersebelahan dengan Ian.

“Awak, minum”. Aina menjemput.

Ian meletakkan telefon bimbitnya itu di sebelah dan menghirup bancuhan teh daripada Aina.

“Sayang, tawarlah teh ni”. Komen Ian.

Aina mengerut dahi.

“Yeke? Sini teh tu, saya nak rasa”.

Aina mengambil cawan daripada Ian dan merasanya. Belum sempat Aina ingin membuka mulut, cawan itu diambil kembali Ian . Ian menghirup kembali air teh tersebut di tempat yang sama bibir isterinya menyentuh cawan itu.

“Okay, dah manis”. Ujar Ian tenang.

Bibir Aina mengukir senyuman. Sungguh dia bahagia dengan setiap kelakuan suaminya yang sering mengambil hatinya.

Setelah air teh buatan isterinya siap dihabiskan, tangan isterinya diramas.

“Sayang”. Manja dia memanggil isterinya.

Aina bertanya dengan menggunakan isyarat mata. Dia memang susah ingin membuka mulut apabila suaminya sudah mula menggunakan nada-nada romantis dan manja.

“Tolong pergi rumah mama sekejap. Nanti, Pak Din datang jemput. Mama nak jumpa sayang lah. Abang tak dapat nak ikut sebab ada hal lain”.

Aina mengangguk.

GADIS ini menerima pesanan mesej daripada Ian apabila berada di rumah ibu mertuanya. Hati gadis ini begitu gelisah. Takut ada apa-apa terjadi kepada suaminya yang masuk hari ni baru hari ketiga mereka menjadi pasangan suami isteri. Tombol pintu utama rumah dipulas. Tidak berkunci. Langkahnya dibawa naik ke tingkat atas, ke bilik. Sama seperti arahan di dalam mesej yang diterimanya.

Setelah pintu diketuk, Aina terus menerjah masuk ke dalam bilik. Terdapat sebuah gaun berwarna putih sehingga paras lutut dan riben berwarna hitam di pinggang terletak kemas di atas katil. Cantik.

“Siapa punya ni? Ian mana?” Soalnya sendiri dan ternampak sehelai nota di atas gaun itu.

~Sarungkan gaun ni dan cuba cari saya~

“Ian, apa yang awak rancang ni? Dahlah malam, gelap”. Rungut Aina sendiri lagi.

Aina malas ingin memikirkan apa-apa lagi. Tubuhnya tersarung juga gaun itu. Pashmina sudah lesap dari menutupi kepalanya. Dia melepaskan rambutnya yang panjang melepasi bahu itu kerana takkan nak kenakan gaun yang tanpa lengan ini dengan selendang. Pelik. Lagipun, hanya dia dan suaminya sahaja berada di dalam rumah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience